Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, selesai mengedit dan menambah apa yang patut untuk menarikkan blog baru ni. Terasa macam ingin menulis sesuatu sebelum mata ditutup buat sementara waktu untuk tidur. Keletihan mungkin masih belum hilang, al maklumlah baru sampai ke Uni untuk meneruskan pengajian yang masih lagi berbaki 3 semester.
Sampai di bumi tempat penulis menuntut ilmu tatkala subuh menghampiri, dalam keadaan masih lagi mabuk dan kesejukan dek kerana suhu "aircond" yang sangat mencengkam otot-otot dan tulang belulang, penulis sampai ke bumi Uni ini dengan selamat. Alhamdulillah, terima kasih kepada seorang sahabat yang sanggup bangun subuh-subuh untuk mengambil penulis di stesen bas, tidur sebentar kerana kepenatan seusai Subuh dilaksanakan, bangkit pula ke kelas pada tengaharinya untuk meneruskan urusanyang masih belum selesai.
Terlalu ramai manusia di fakulti, terlintas di fikiran, betapa penulis juga dahulu begitu, ketika masih baru di bumi U ini, masih tidak ketahuan apa yang perlu dilakukan untuk meneruskan semester, namun dapat dilihat riak wajah mereka yang ada di situ, semangat untuk meneruskan perjuangan mungkin sebagai seorang anak, mungkin jua ada yang berjuang kerana nilai ilmu yang ada, atau mungkin jua ada yang berjuang kerana itulah apa yang disuruh oleh agama.
Tidak lalai dalam menjalankan amanah dan tanggunjawab sebagai seorang anak dan juga individu Muslim, penulis jua bertekad dan berazam, perlu dilakukan sesuatu untuk penulis sentiasa dengan azam yang kukuh untuk sentiasa berjuang untuk keluarga penulis dan yang paling penting untuk agama penulis.
Terkadang, kita sebagai manusia sering lupa, apabila dalam perjuangan itu ada mehnah dan tribulasinya yang tersendiri, penulis jua tidak terlepas dari itu, semester lepas sahaja, penulis dikhabarkan dengan beberapa berita yang menyedihkan, pertamanya, jatuhnya pointer exam penulis sehingga menyebabkan duit pinjaman PTPTN penulis ditahan untuk satu semester, dan kemudiannya, nenek penulis jua meninggal dunia dalam keadaan penulis sendiri tidak sempat untuk menjenguknya.
Dan dalam setiap mehnah dan tribulasi itu, pasti adanya hikmah yang tersembunyi. Alhamdulillah, berkat usaha, kesabaran dan doa sahabat-sahabat untuk penulis, penulis bangkit dan capai apa yang penulis impikan selama ini, sebab janji Allah itu pasti, Ihfazillah Yahfazka, jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
“Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim).
Sabar itu penting dalam perjuangan, tanpa sabar, tiadalah nikmat dalam perjuangan itu. Bertenang dan sabar dalam menghadapi ujian hidup, yakni ujian Allah, tidak ada manusia yang tidak diuji dan perlu diingat setiap ujian itu adalah tanda Allah sedang menguji sejauh mana keimanan kita padanya, sejauh mana kebergantungan kita kepadaNya, mereka yang langsung dengan ujian ini, insyaAllah, Allah akan meninggikan darjat mereka.
Dalam belajar tidak ada makna senang, tidak ada yang terlalu susah, melainkan kita sendiri yang malas untuk berusaha, sebab yang paling penting adalah usaha, Allah hanya akan memberikan balasan setakat mana yang kita berusaha, firman Allah: "..man jadda wajada.."-sesiapa yang berusaha, akan dibalas setiap usahanya. Wallahua'lam. Sedar setiap daripada kita adalah hambaNya yang perlu berusaha, penulis suka melihat bagaimana ayah penulis sendiri berusaha untuk membaiki taraf hidup keluarga penulis, ayah penulis hanya seorang jurueletrik yang bekerja dengan syarikat swasta, gaji permulaan hanya setakat RM600, tetapi kini, Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, kami kini mampu tinggal di rumah sendiri, tidak lagi menyewa, mampu memiliki sebuah kereta dan lain-lain.
Bukan maksud untuk penulis meninggi diri, cuma ingin katakan bahwa usaha dalam kehidupan untuk capai kejayaan itu yang penting, kalau setakat doa sahaja, susah untuk datang hasilnya. Yang paling penting, Usaha+ Doa+ Ikhtiar+ Tawakkal= Kejayaan, InsyaAllah. Jangan lupakan Allah.
Sentiasa ingat inspirasi kata-kata Ihfazillah Yahfazka [Jagalah Allah, Allah akan menjagamu]. Kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak-hak kita. Sentiasa ingat, langit Allah itu biru warnanya, dan hamparan buminya pula hijau warnaya, dan setiap apa yang terkandung sebagai isinya adalah milik dan kekuasaanNya. Wallahua'lam.
"Setiap daripada kita adalah pengembara, dan kita adalah pengembara mencari cinta hakiki Allah"
Jangan tersesat!!! Kerana al-Quran dan as-Sunnah itulah manual hidup manusia. Beramal dengan keduanya, maka selamat dunia dan akhirat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment