Wednesday, 20 February 2013

Cinta Warkah Kecil | Karya Penulis [Part 2]




 Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

Haa...pada semua pembaca dan pengunjung setia blog penulis, ni sambungan terbaru cerpen Cinta Warkah Kecil yang sebelum ni. InsyaAllah, hayati betul-betul dan ambil input berguna melalui cerpen ini, InsyaAllah. Selamat Membaca!!!

*****************************************************************************

“ Laila, apa yang Laila merepek ni?”
“Tak perlu Laila, dia takde kaitan langsung dengan kita, dia bukan adik, abang, atau suami Laila pun. Jadi jangan nak buat hal Laila!”
 “Cukup, cukup dengan apa yang dah kau merepek harini. Pergi masuk dalam bilik kau.”
“Tapi mak…”
“ Aku kata cukup, cukup…”

‘Wan, maafkan saya…walaupun kita baru kenal hanya untuk seketika, namun kehadiran rasa rindu dalam jiwa sanubari saya pada awak bercambah tanpa saya sedari,’ Laila mengguman sendirian, baginya rasa rindu yang datang tiba-tiba tanpa dipinta sejak kali pertama bertentang mata dengan seraut wajah itu membuatkan hatinya sentiasa nanar dan hanya kepada Allah dia akan memohon pertolongan dalam setiap sujudnya, agar dihilangkan rasa nanar rindu itu, kerna dia tahu empunya dirinya itu akan menjadi tunangan orang tidak lama lagi. Hanya warkah kecil untuk insan itu dikirimkan setiap hari, pintanya pada Ya Rabb, agar dikuatkan hati insan itu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Pertama kali perkhabaran sedih itu menghempas pendengarannya, hatinya tidak keruan, entah kenapa hatinya merasa begitu sedih dan mengharapkan rasa sakit itu dapat dikongsi dengannya. Lantas dengan itu, hatinya tahu itu semua mainan syaitan yang cuba menghasut hatinya yang sudah nanar itu.

Dikhabarkan rasa hatinya untuk mendermakan sebahagian hatinya kepada insan itu, namun hasratnya ditentang mentah-mentah oleh ibu dan ayahnya. Mana mungkin seorang yang tiada kaitan dengan keluarga mereka hendak diberikan hati begitu sahaja. Ditambah pula, seorang muslimah kepada seorang pemuda. Tidak mungkin sama sekali.

Buat insan yang bernama Mohd Faris Ridhuan bin Hashim,

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun: ayat 11)
Ikhlas LILLAHITAALA- NLR


“Ya Allah,,,siapa pulak yang hantar warkah kecil ini untuk aku?” pastinya orang ini tahu aku sedang berperang dengan penyakit hatiku. ‘Tapi siapa?’ benak fikiran Ridhuan mula memberontak mencari ilham siapakah empunya diri yang menhantar warkah kecil sebegitu kepadanya. Esoknya warkah kecil yang berisi kata-kata daripada Ibnul Qoyyim sampai diatas meja dalam bilik wadnya.

Tiba-tiba seorang jururawat yang selalu menjaganya masuk.

“Err, nurse tahu tak siapa yang hantar warkah kecil ni?” serentak itu Ridhuan menghulurkan warkah kecil dalam tangannya kepada nurse tersebut.

“Hurmm, rasanya selalu ada seorang wanita yang datang ke sini, selalunya selepas subuh dia akan datang, tapi saya tak pasti siapa dia, maaf ye encik…”

“Oh, yeke…terima kasih ye nurse.” Ridhuan masih samar-samar dengan jawapan nurse tersebut, baginya siapa pulalah yang nak datang subuh-subuh semata-mata untuk menghantar warkah kecil ni. Dia menatap kembali warkah kecil kedua yang diterima oleh Ridhuan
 tersebut dan cuba mengamati tulisan dihujung warkah tersebut,

Buat insan yang bernama Mohd Faris Ridhuan bin Hashim,

            Ibnul Qoyyim mengatakan dalam Madarijus Salikin : “Sabar adalah menahan jiwa dari keluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh serta menahan anggota badan dari berbuat tasywisy (tidak lurus). Sabar ada tiga macam, yaitu sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari maksiat, dan sabar dari ujian Allah.”
                                                                                                Ikhlas LILLAHITAALA- NLR

 “NLR? Siapa NLR? Apa maksud disebalik NLR ni?” fikiran Ridhuan mula diasak dengan pelbagai persoalan.

Tiba-tiba nama Nur Laila Ramadhani terlintas dalam hatinya, “Apakah mungkin NLR itu Nur Laila Ramadhani?”

“Mana mungkin itu Laila, dia bakal ditunangkan dengan Dr. Izham, mana mungkin dia nak hantar warkah-warkah kecil macam ni pada aku.” guman Ridhuan sendirian.

Baginya dia redha insan yang sentiasa dan akan sentiasa bertakhta dihatinya itu akan bakal menjadi tunangan orang. Pintanya agar dikuatkan hati agar rasa cinta itu mampu hilang untuk dia cambahkan rasa cinta itu hanya pada Allah. Dia cintakan Laila kerana Allah, dan dia sanggup andai kiranya cinta Laila bukan untuknya, kerna baginya cinta Allah itu lebih utama. Dia yakin jika dia cintakan Allah, pasti Allah hadirkan orang yang benar-benar tulus mencintainya, lagipun masanya sudah tidak lama lagi, Dr. Izham sendiri khabarkan padanya, bahawa hidupnya hanya dijangka lagi sebulan, tiada apa yang mampu dilakukan, hanya berserah pada Allah agar ada sinar keajaiban untuknya agar ada insan prihatin yang boleh mendermakan hati untuknya, itupun jika ada yang sesuai untuknya. Berserah hanya kepada Allah.

****

Bagi Laila pula, dia hanya mampu sampaikan rindunya kepada insan itu melalui sujud ke sujud, tasbih ke tasbih dan doa ke doa pada Allah, agar disampaikan rasa rindu itu pada Ridhuan, namun rasa berdosa kepada Allah, ibu dan bapanya terlalu mahal. Dia tidak mampu untuk hilangkan rasa cintanya itu kepada Ridhuan, puas dipujuk hatinya agar dihilangkan rasa cinta dan rindu itu pada insan lain. Puas dipujuk hatinya untuk cambahkan dan belajar rasa cinta pada Dr. Izham, namun apakan dayanya. “Tiada daya dan upayaku melainkan dengan kekuatanMu, ya Allah.” pinta Laila disetiap sujudnya.

Ridhuan pula baru mengetahui dan setiap hari pasti akan ada warkah kecil yang dikirimkan Laila kepada Ridhuan. Hari ini dia menerima warkah kecil yang baginya terlalu istimewa buatnya,

Buat insan yang bernama Mohd Faris Ridhuan bin Hashim,

            Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukann,keturunannya, karena kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah  yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nasaa’i dan Ibnu Majah)

“Maafkan saya kerana menukilkan sesuatu buat saudara tanpa saudara tahu siapa saya, namun ketahuilah saya menukilkan ini kerana cinta saya pada saudara seIslam dengan saya, dan yang paling utama kerana Allah. Saudara, dengan lafaz Bismillah, ingin sekali saya lamar saudara untuk menjadi imam kepada anak-anak saya nanti dan jua kepada diri saya sendiri namun, ketahuilah saudara, saya tidak mampu melawan takdir yang mungkin sudah tersurat untuk saya. Maafkan saya.”
                                                                                                Ikhlas LILLAHITAALA- NLR


Seusai menghabiskan bacaan pada warkah kecil itu, pastinya Ridhuan akan simpan warkah kecil itu didalam bekas yang disimpan berhampiran dengan kepala katilnya. Sesiapa yang cuba memegang bekas tersebut pasti akan dimarahinya, baginya bekas tersebut mengandungi sesuatu yang sangat bernilai baginya. Dengan membaca kembali warkah-warkah kecil tersebut, pastinya akan sedikit sebanyak mengembalikan semangatnya untuk hidup dan menambahkan rasa cintanya kepada Allah, pemilik hati setiap manusia.

“Alhamdulillah Ridhuan, akhirnya Allah detikkan hati seorang insan ini untuk mendermakan hatinya untuk awak,” ujar Dr. Izham ketika melakukan pemeriksaan harian terhadap Ridhuan.

“Tapi siapa doktor?” Tanya Ridhuan inginkan jawapan.

“Siapa dia insan yang ingin dermakan hatinya untuk awak tu, tak perlulah awak tanya, kerana dia minta saya rahsiakannya daripada awak, dan itu satu amanah daripada seorang insan kepada saya, dan kerana itulah amanah tidak boleh dipecahkan.” kata Dr. Izham kepada Ridhuan menitipkan rasa kepadanya.

Bagi Dr. Izham, sebenarnya dia sendiri tidak bersetuju dengan permintaan insan tersebut, namun apakan dayanya. Baginya, dia yakin dengan kuasa Allah, Ridhuan pasti akan selamat selepas dibedah dan pastinya dia ingin melihat orang yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya itu bahagia nanti. Permintaan Laila kepada Dr.Izham yang bakal menjadi tunangannya itu baginya merupakan suatu kegilaan yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu betapa dia rasa bersalah kepada kedua ibu bapanya, namun dia harapkan ibu bapanya faham tindakan dan permintaannya itu.

****

nantikan lagi sambungan untuk bahagian terakhir cerpen ini nanti. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment