Sahabat penulis yang membaca next post entri penulis, terima kasih, syukran jazilan khairan kathira kerana masih mahu membaca apa yang ingin ditulis dan dinukilkan oleh penulis kepada semua. Alhamdulillah.
Memulakan hari dengan ucapan Alhamdulillah seusai bangun daripada tidur, itulah antara tanda kita sebagai hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat nyawa yang dikurniakan olehNya untuk kita terus bernafas di atas muka bumi ciptaan dan hanya milik Allah ini.
Hari ini penulis berada dalam dilema apabila terpaksa memilih untuk mengambil subjek yang mengandungi "mathematical problem solving" ataupun ambil subjek yang memang penulis minat untuk ambil, tapi disebabkan keadaan semasa student yang kebanyakannya hampir kesemuanya mengambil subjek "mathematical problem solving" tu, terpaksalah jua penulis mengambilnya.
Hampir berjam-jam penulis ambil masa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk penulis dan sampai sekarang penulis masih lagi dalam DILEMA. Masih tidak pasti dan tidak tahu bagaimana untuk meneruskan pengajian dengan keadaan tersebut, dan akhirnya tepat jam 9.00 malam, Alhamdulillah, penulis dapat membuat keputusan dimana, penulis yakin dan pasti untuk mengambil subjek Microscopy and Histological Techniques, InsyaAllah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Dia pasti akan membantu hambaNya, dan penulis yakin Allah pasti akan membantu penulis disaat penulis perlukan pertolonganNya, kerna hanya kepadaNya sahaja kita sebagai manusia layak untuk memohon pertolongan.
InsyaAllah, setiap kebergantungan hanya kepada Allah, pasti akan diganjar olehNya nanti. Pada mulanya, mungkin kerana penulis terlalu mengikut sahabat sahabiah yang lain untuk turut mengambil subjek "mathematical problem solving" tu, dan akhirnya menyebabkan penulis merasakan bahawa, penulis tidak boleh untuk melakukan perkara seperti itu, dengan keadaan diri yang sepatutnya sudah matang untuk berfikir, tidak perlu kiranya untuk penulis terlalu mengikut orang lain, kerana setiap keputusan itu sebenarnya terletak di tangan kita sendiri, doa padaNya, insyaAllah, Dia akan tunjukkan dan bukakan jalan untuk kita. Dan sememangnya itulah yang sepatutnya kita sebagai hambaNya lakukan.
Kadang-kadang penulis merasakan bahawa, penulis masih lagi tidak matang dan tidak boleh melakukan keputusan sendiri. Itulah sebenarnya antara kelemahan yang ada dalam diri penulis. Allah ada untuk membantu, namun penulis gagal untuk merasakan Allah ada untuk membantu penulis. Betapa bodohnya penulis ketika itu.
"Ya Allah, ampuni hambaMu ini yang terlalu lalai dalam menilai kasih sayang dan cinta daripadaMu. Ampuni hambaMu ini yang terlalu lalai dengan godaan hidup duniawi semata-mata. Ampuni jua hambaMu ini kerana lalai dalam mengingati dan menjadikanMu sebagai pergantunganku. Astaghfirullahalazim"
Sentiasa ingat langit ciptaan Allah itu biru warnanya dan hamparan buminya pula hijau warnanya dan setiap apa jua isi yang terkandung didalamnya adalah milik dan kekuasaanNya. Allahu...Allah
Sekian dulu buat waktu ini, insyaAlah jika tiada aral melintang, pastinya akan tumbuh satu lagi post entri yang baru. Doakan penulis agar kuat untuk meneruskan penulisan blog. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment