Hurmmm,,,sebenarnya bukan berduka cita cuma kadang kala hati ini sedih kerana blog islamik sebegini susah untuk dikunjungi dan disinggahi oleh mana-mana individu waima sahabat-sahabat sendiri. Bukan tidak ikhlas dalam menulis blog namun harapan untuk melihat ramai pemuda pemudi, sahabat-sahabat dan saudara seagama datang singgah di blog ini untuk membaca dan mendapatkan ilmu yang bermanafaat untuk dikongsi bersama seakan akan pudar hilang ditelan dek masa. Sebenarnya bukan itu pun yang ingin diperkatakan dalam post kali ini, apa yang diperkatakan diatas cumalah luahan rasa dan perasaan seorang blogger yang baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Masih banyak yang perlu saya pelari dan terokai dalam dunia penulisan blog ni.
DUKACITA
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri dan Abu Hurairahradhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ
يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
"Tidaklah menimpa seorang muslim kelelahan, sakit, kekhawatiran, kesedihan, gangguan dan duka, sampai pun duri yang mengenai dirinya, kecuali Allah akan menghapus dengannya dosa-dosanya.” (Muttafaqun alaih)
Sahabat,
Manusia ada waktunya dia akan bersedih, bersedih kerana itulah, kerana inilah, macam-macam sebab yang bisa membuatkan seorang makhluk bergelar manusia untuk menangis. Dan apabila bersedih, pastilah akan keluar air mata, yakni menangis, menangis kerana kehilangan orang yang disayangi, kematian, dicaci atau dimaki waima ada yang menangis kerana rupa parasnya yang hodoh tidak sama dengan orang lain yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan. Tidak kurang juga mereka yang bersedih dan menangisi kerana kurangnya rasa kemanisan iman dalam beribadah, menangisi kerana takutkan azab Allah, dan menangis kerana takut jauhnya kasih sayang Allah pada kita.
Sahabat,
Bersedih itu adat manusia, bahkan para Nabi sendiri bersedih, Nabi .AW sendiri bersedih dengan berita kewafatan isteri baginda Siti Khadijah r.a dan bapa saudara baginda sendiri Abi Talib, namun baginda segera bangkit dan berjuang dengan tidak memanjangkan kesedihan. Tapi kita pula lain ceritanya, selagi ada air mata kita akan menangis, selagi terkenangkan peristiwa sedih itu, kita akan menangis. Reaksi kita menunjukkan seolah-olah Allah itu tidak wujud dan Allah tidak ada bersama kita. La Tahzan Innallahama'ana. Fenomena bersedih ketika ditinggalkan kekasih juga salah satu fenomena yang sangat membimbangkan sekarang sehinggakan ada yang mengambil tindakan dengan memgambil nyawanya sendiri. Nauzubillahiminzalik. Ya Allah, apa yang saya perhatikan perkara sedemikian banyak berlaku dalam kalangan wanita bahkan kaum Adam lansung tidak terkecuali. Wahai muslimah, kenapa ditangisi dengan cinta mainan dunia sedangkan cinta agung Allah itu ada. Mengapa ditangisi pemergian kekasih manusia duniawi sedangkan cinta Rasulullah s.a.w lebih tinggi kasihnya selepas cinta Allah. Mengapa ditangisi kecurangan cinta kekasih hati manusia sedangkan cinta kasih ibu bapa lebih bermakna tiada kecurangan.
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي
Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."
Apabila engkau ditimpa musibah maka janganlah engkau larut dalam kesedihan karena kesedihan atau rasa sakit yang menimpamu, tak akan akan berlalu tanpa arti.
Dengannya Allah akan memberi pahala dan menghapuskan dosamu. . .
Siapa yang datang kepada Allah pasti Allah akan mencukupkannya, siapa yang mengaturkan kefakirannya kepada Allah, Dia pasti mengayakannya. Siapa yang meminta kepada-Nya, pasti Dia akan memberinya. Hal ini ditunjukkan lafadz hadits, "Melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kesusahannya serta menggantikannya dengan kegembiraan." Jangan bersedih kerana hal-hal duniawi namun bersedihlah kerana hal-hal ukhrawi, menangislah kerana takutklan Allah. Menangislah kerana merindui kasih sayang Nabi s.a.w , menangislah kerana takut hilangnya kasih sayang ibu bapa pada kita, dan menangislah kerana takut ditinggalkan oleh cinta yang maha agung iaitu cinta agung Allah. Jangan pilih menangis untuk menghilangkan rasa duka dengan hal duniawi, namun ubatilah rasa duka itu dengan zikrullah, mengingati Allah, nescaya hati akan menjadi tenang. Zikir bukan hanya dengan lisan, menyebut kalimah suci Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, namun perlulah jua dengan makna hati, dan dizahirkan dengan perbuatan.
Kembalilah ke jalan yang Allah redhai untuk bersedih. Letaklah rasa sedih itu dengan rasa cinta dan kasih kepada Allah, Tuhan yang Esa yang telah menciptakan seluruh alam. Tiada tempat mengadu yang lebih baik melainkan mengadulah rasa dukacita kita pada Allah. InsyaAllah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment