Monday, 18 February 2013

Ta'aruf Penulis

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,,,



Alhamdulillah,,, terlalu banyak penulisan blog yang dah pun ditulis dan dipenakan oleh sang penulis blog ini, namun tiada satu pun yang kekal dan tiada satu pun yang tidak akan bersawang dengan sawangan labah-labah.

Entahlah, mungkin kerana apabila sahaja ingin menulis, terus dicurahkan cerita itu kedalam blog tersebut, tanpa melihat adanya kesungguhan dalam menulis, atau mungkin jua perasaan ghairah ingin menulis membawa kepada impian dan azam menulis yang hanya hangat-hangat tahi ayam, namun diharapkan sangat blog ini merupakan blog terakhir yang akan tercipta dan akan menjadi blog yang sebenarnya kepada penulis ini.

Tidak mahu memperkenalkan diri dalam blog ini, bukan kerana sombong cuma, biarlah yang membacanya kenal penulisannya bukan kerana orangnya, minat kepada isi kandungan blognya dan bukannya minat pada yang menulisnya, biarlah peribadi penulis ditutup buat menjadi inspirasi kepada mereka yang lain untuk menilai diri pada penulisannya.

Hidup masih lagi sebagai student sebuah IPTA, masih lagi bawah jagaan orang tua, Alhamdulillah, masih lagi seorang yang waras dan tahu batas hukum untuk menulis dan bergaul, dan masih menganggap mereka yang membaca dan singgah di blog ini sebagai saudara saya, tidak kira Islam mahupun tidak, kerana kita adalah dari umat Nabi Allah, Muhammad SAW. InsyaAllah.

Tiada ucapan lain buat semua yang membaca, cuma jaga inspirasi ayat ini, "Ihfazillah Yahfazka" [Jagalah Allah, Allah akan menjagamu]. Tiada tempat pergantungan melainkan hanya dengan Allah sahaja. InsyaAllah, jadikan penulisan dan tinta pena yang tertulis hanya kerana Allah, dan bukan kerana hawa nafsu dan hidup duniawi semata-mata.

"Hidup satu perjalanan kembara mencari cinta hakiki Allah"

Langit Allah itu biru warnanya dan Bumi Allah itu hijau warnanya kerana adanya rahmat Allah pada tumbuhan buat diri manusia dan kerana itu setiap perkara di dunia ini ada sebab dan hikmahnya. ;)

No comments:

Post a Comment