Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, sebelum ni penulis tak beritahu yang menulis ada menulis sebuah cerpen untuk dihantar ke sebuah web karya-karya untuk penulis-penulis yang baru berjinak-jinak untuk menulis. Jadi penulis ambil kesempatan untuk menulis sedikit dan Alhamdulillah, kat bawah ni adalah cerpen yang dah siap penulis tulis. So, harap semua pembaca dan penyinggah blog ni boleh la try-try jenguk dan baca. dan harap boleh jugak komen untuk sebarang penambahbaikan.
***********************************************************************
Sesungguhnya
cinta itu anugerah daripada Allah untuk setiap manusia yang bergelar hambaNya. Bagiku
setiap cinta itu memerlukan pengorbanan, tidak semestinya apabila kita bercinta
kita perlu untuk bersama dengan orang
yang kita sayang itu sehingga ke jinjang pelamin ataupun hingga ke akhir hayat.
Bagiku jika betul orang yang kita sayang tu jodoh kita yang telah ditentukan
oleh Allah di LohMahfuzNya, ke pulau mana sekalipun terpisah, berjuta tahun
sekalipun terpisah, pasti akan bersatu jua suatu hari nanti, dan cukuplah bagi
hidup bahwa jika memang bukan dia jodoh kita, kita terima dan redha dengan
ketentuanNya, cukuplah sekadar kita
dapat melihat si dia mampu mengukir sekuntum senyuman buat insan yang
tersayang.
Nur Laila
Ramadhani, wanita pertama yang bertakhta di satu sudut dalam hatiku. Seorang
insan yang telah berjaya mengetuk pintu hatiku setelah sekian lama hatiku tidak
pernah diisi dengan nama dan seraut wajah setulus dan seikhlasnya. Masjid
Al-Falah, Kampong Baru, Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan kami buat pertama
kali, entah mengapa malam itu, terdetik dibenak sanubariku untuk menyertakan
doa semoga aku dikurniakan seorang srikandi sehebat Sumayyah, secantik Rabiatul
Adawiyah, sebijak Fatimatul Zahra dan seindah Ainul Mardhiah, untuk mengisi
kekosongan hati, menjadi permaisuri yang akan sentiasa bertakhta dihatiku.
Perkenalan bermula.
“Assalamulaikum…”kedengaran suara
seorang wanita sedang memberi salam.
“Maaf,,,err,,,boleh saudara alihkan sekejap
motosikal saudara, saya nak undurkan kereta saya sekejap…”
“Waalaikumsalam…ohh..maaf sebab
menyusahkan saudari, sekejap ya…” seraut wajah itu,suara merdu itu membuatkan
aku terpana, Ya Allah, kenapa dengan
jantung ini, berdebar tak sudah-sudah.
‘Ya Allah ini ke yang dinamakan cinta?’ ‘Ahh…tak mungkin, baru sekali jumpa dah
kata cinta, bukannya kau kenal pun gadis tu…’ benak sanubariku menafikan
perasaan itu, namun jauh di satu sudut
sanubariku begitu kuat mengatakan bahawa
itu bukan kebetulan, tapi satu anugerah daripada Allah.
Setiap
hari, entah mengapa setiap kali aku usai dari solat, aku tidak pernah lupa
untuk berdoa agar diketemukan lagi
dengan seraut wajah itu. Hati aku sudah mula belajar untuk mengenal erti rindu
pada seraut wajah srikandi yang mula
bertakhta dihatiku. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, jika Dia berkehendakkan
sesuatu pasti akan dilaksanakan. Seperti biasa, sudah menjadi rutin harianku
untuk menolong bapaku dengan kerja-kerja pertukangan rumah, aku tidak mempunyai
kelayakan SPM untuk meminta kerja yang mewah-mewah, gaji beribu, namun aku
bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah ini untukku.
Hari itu aku dan ayah akan kerumah Encik
Mansor, seorang usahawan bumiputera yang kini menjangkau usia 67 tahun, seusia
dengan ayahku. Kami ke sana atas urusan untuk menyiapkan pondok di halaman
rumahnya.
“Ayah, bulan puasa dah nak dekat….macam
mana dengan persiapannya?”
“Entahlah Wan, ayah pun tak tahu,
nampaknya bulan puasa kita tahun ni macam tahun-tahun sebelumnyalah agaknya.”
Kata ayah menjawab persoalanku tadi dengan senyum hambar. Aku tahu ayah dan mak
tak mampu untuk melakukan persiapan yang terbaik untuk keluargaku.
“Takpelah ayah, Wan faham, kita
sekeluargakan dah biasa dengan suasana bulan Ramadan begini.” Aku berkata
dengan nada yang sederhana dan kuhadiahkan secebis senyuman buat mengubat duka dihati ayah, cuba
meredakan perasaan hambar dan kesedihan yang sedang menjalari setiap genap hati
ayah. Ku berdoa agar hati ayah setabah dan sekuat hati Bilal bin Rabah dalam
menempuhi dugaan dan cabaran dalam hidup ini.
“Assalamualaikum Pak Hashim…” aku terkejut
dengan sapaan dan teguran daripada Encik Mansor.
“Waalaikumsalam…la Encik
Mansor…saya ingatkan siapalah tadi. Ada
apa Encik Mansor? maaflah Encik Mansor
kalau kerja menyiapkan pondok ni ambil masa yang agak lama. Yela…orang tua buat
kerja lambatlah sikit, nak harapkan Wan ni pun, dia bukan selalu ada dengan
saya nak siapkan pondok ni.” Ayah menyuarakan rasa hatinya panjang lebar.
“Takpelah Pak Hashim…lagipun saya
bukannya nak gunakan pondok ni segera.”
Tambahnya lagi, “Ini pun saya suruh Pak
Hashim buat pondok ni sebab saya nak
gunakan untuk bersantai dengan ahli keluarga saya sambil minum petang-petang.
Lagipun anak saya yang baru habis belajar dekat Mesir tu dah balik minggu lepas…hah
tu pun dia.”
“Jemput minum,ayah,Pak Hashim,saudara…”
“Wan…Mohd Faris Ridhuan bin Hashim.” Aku
bersuara. Aku bukan apa, kaget melihatkan seraut wajah yang sentiasa kudoakan
kesejahterannya terpacak dihadapanku.
“Jemputlah minum Wan…”
“Hmm..Pak Hashim,Wan…ni anak saya Laila,
Nur Laila Ramadhani, dia ni baru balik dari Mesir,
‘Oh, namanya Laila, sedap nama tu,
secantik dan seindah wajahnya jua.’ Hatiku mula berbunga rindu pada gadis
dihadapanku.
“ Haa…ni balik pun sebab nak ditunangkan
dengan anak kawan saya tu si Izham, doktor pakar dekat Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia tu…nanti dalam bulan depan kiranya nak dilangsungkan…Pak
Hashim dengan Wan datanglah ye…” lembut
suara Encik Mansor menjemput aku dan ayah ke majlis pertunangan seraut wajah
yang sedang bertakhta dihatiku dengan
orang lain.
“Ya Allah, dugaan apa yang sedang
melanda hambaMu ni…” Separuh berbisik aku bersuara, kiranya seraut wajah yang
aku rindui itu dapat mendengar. Nampaknya wanita yang sering kurindui seraut
wajahnya akan menjadi hak milik orang lain. Insan yang bakal bergelar
tunangannya nanti seorang doktor pakar, sedangkan diriku hanyalah seorang
tukang rumah, miskin, tidak beharta, tidak berpelajaran, tidak layak untuk
bergandingan dengan anak seorang usahawan yang disegani, seorang insan yang baru sahaja pulang dari Mesir dengan
segulung ijazah, tapi aku segulung sijil SPM pun tidak ada.
‘Sedarlah Wan, kau tu tak layak nak
bersama dengan si Laila tu…’ benak sanubariku mula menghasut.
‘Entah kau ni Wan, jangan nak berangan
la nak kahwin dengan gadis pujaan hati kau tu…’
‘Apalah yang ditakutkan dengan apa yang
kita katakan sebagai satu lumrah dalam kehidupan Wan oii…’ benak yang lain pula
mula menyimbah asid hidroklorik keatas
hati dan jantungku, umpamanya sedang menhangatkan lagi rasa kecewa dalam
dadaku.
Bagaikan
halilintar membelah bumi, terasa segala urat-urat dan sendi-sendiku lemah,
bagaikan tidak bermaya untuk bertahan. Duniaku kini berputar bagaikan akan
lenyap dalam sekelip mata. Yang terakhir kudengar hanyalah seseorang memanggil
namaku, “Wannnn…”, lembut suara itu, menghempas pendengaranku, bagaikan dingin
salju mula menyelimuti tubuhku. Aku pengsan. Di hadapan rumah gadis yang aku
dambakan kehadirannya setiap hari dalam hatiku. Malunya bukan kepalang, sedar-sedar
aku sudah berada di hospital.
“Itulah kau Wan…ayah suruh kau duduk kat
rumah tak nak…, sekarang tengok apa yang dah jadi?”, sedikit kesal nada suara
ayah. Aku tahu ayah sayang dan bimbangkan kesihatan aku.
“Abang…apa yang kita nak buat ni bang?” aku terdengar perbualan antara mak dan ayah
ketika hendak keluar ke tandas.
“Nak buat apa? Mah tahukan keadaan
keluarga kita? Macam mana kita nak bagitahu dia yang hati dia dah rosak?
Mah tak dengar ke apa yang doktor Izham
cakap tadi, kos pembedahan tu menelan belanja lima puluh ribu Mah, abang tak
ada duit banyak tu .”
“Ya Allah, dugaan apa lagi yang kau
timpakan ke atas hamba-Mu ini.” Aku disahkan menghidap penyakit hati,
sebahagian daripada hatiku sudah rosak dan perlu dibuang dan digantikan dengan
hati yang baru, namun masalahnya darahku jenis O positif, dan darah mak ayahku
tak sesuai, mungkin disebabkan aku mewarisi darah daripada ahli keluarga yang
lain, datuk aku misalnya.
“Ahh…Ya Allah, jika ini perhitungan yang
terpaksa aku hadapi, aku rela dan sesungguhnya jika aku mati hari ini,
matikanlah aku dalam iman,’ ujar aku dalam hati. Tanpa aku sedari, air mata
mula membasahi pipiku, kurasakan kehangatan embun jantan dari mataku mula
menuruni dan kemudiannya hinggap dibibirku.
****
bersambung...nantikan sambungannya..
bersambung...nantikan sambungannya..