Assalamualaikum
wbt salam, salam, dan salam sejahtera,,,^^”
Alhamdulillah
bersyukur kehadrat Allah yang tidak terhingga syukurnya kerana masih lagi
diberikan nyawa dan nikmat anugerah Allah yang paling besar bagi diri seorang
Muslimin dan Muslimat yang mengakui keEsaan dan keagungan Allah swt. Nikmat
yang tidak ternilai harganya iaitu nikmat iman dan Islam.
Rasanya
penulis dah pun mungkir pada janji, -_-“ katanya nak menulis dan buat yang
terbaik untuk blog ni tapi selalu x sempat untuk menukilkan sesuatu walaupun
hanya mungkin secebis kata nasihat atau motivasi ataupun even hanya ilmu yang
sedikit untuk dikongsi bersama.
Mungkin dah kerana terlalu sibuk degan rutin harian, yes sebagai
student kot yang membuatkan penulis langsung tiada masa untuk menulis sesuatu
kat ruangan ini. ==” ahaha alasan mungkin…entahla, dalam hidup kadang kala kita
merasakan bahawa kita yakin untuk melakukan sesuatu yang belum pasti kita akan
lakukan, kadang kala kita akan rasa teragaka-agak dan susah untuk membuat
keputusan tentang apa yang kita nak lakukan… ==”
Terkadang
kita rasa minat untuk lakukan sesuatu pekerjaan tu sehinggakan membuatkan kita
lakukan perancangan yang terbaik untuk lakukan dan laksanakannya untuk dapatkan
hasil yang terbaik dan berbaloi dengan usaha yang kita curahkan untuk minat
kita tu, tapi kita lupa selupa-lupanya bahawa perancangan Allah itu lebih besar
dan lebih sempurna untuk kita. Kita merancang dengan sebaik baik perancangan,
tetapi Allah itu sebaik-baik dan sesempurna perancang. Contohnya mudah, penulis
sendiri minat untuk menulis, minat untuk berkongsi sesuatu yang penulis tahu, suka untuk berkongsi sedikit ilmu yang
penulis ada dengan semua orang, bukan untuk dibanggakan tetapi sekadar untuk
dijadikan saham akhirat kelak. Tapi disebabkan sibuk dengan tugasan sebagai
student university, menulis pun entah hilang kemana, memang orang selalu sebut,
kalau dah minat, apapun takkan menjadi halangan buat memenuhi minat tersebut
walaupun terpaksa berhabis masa dan wang ringgit. Tapi entahlah apa yang tak
kena dengan penulis, minat ada tapi usaha tak ada. :O
==” Terus
terang penulis kata, penulis nak sangat jadi seperti maybe seperti abang Hilal
Asyraf aka Langit Illahi.com, mungkin
juga seperti Hasrizal Abdul Jamil aka saifulislam.com, atau mungkin juga macam
penulis-penulis blog lain yang mampu memberikan manfaat kepada semua yang
membaca apa yang ditulis. Mungkin tidak sehebat mereka-mereka yang tersenarai
seperti diatas tetapi cukuplah sekadar ada ramai teman untuk berkongsi dan
ramai yang menjadi pembaca, penegur dan pembantu membaiki kesilapan dalam
tulisan penulis.
Kita tidak
tahu bilakah ajal kita akan mendatang, manusia, sering kali lupa sesuai dengan
term insan itu sendiri, maksudnya tidak lari, insan=pelupa. Manusia lupa pada
asal usulnya, manusia lupa pada perjanjian dan ikrarnya dengan Allah dialam
rahim ketika mana roh hendak ditiupkan kedalam jasad. Pengabdian diri kepada
Allah-itulah yang kita ikrarkan dan perjanjian kita dengan Allah, tidak kiralah
ibu bapa kita Islam atau tidak sebelumnya, tetapi itulah perjanjian setiap
daripada kita, dan indahnya dan bijaksananya Allah, dia kurniakan kita dua
perkara iaitu otak sebagai organ dan asbab pemikiran iaitu akal, antara otak
dengan jantung mana yang lagi penting???
Umi penulis
mengatakan bahawa yang lebih penting adalah jantung sebabnya, tanpa otak kita
hanya mungkin lumpuh dan koma sahaja, lihat sahaja mereka yang koma, jantungnya
masih berdegup, tapi otaknya yang tidak berfungsi, tetap hidup, lagipun doktor
kalau nak sahkan seseorang itu sudah meninggal dunia atau belum,konfem-konfem
==” diorang check nadi dulu, degupan jantung dulu kan, bukannya check samada
otak dah berhenti berfungsi belum ==” tapi lihat jika tiada jantung, maka akan
hilanglah degupan untuk jantung pam darah ke seluruh badan, maka hilanglah satu
kehidupan, sedangkan yang hidup bergantung kepada mesin pernafasan juga
perlukan mesin yang bertanggungjawab seperti jantung. Jantung pusatnya
pengedaran darah, no darah=no life. No life=mati. Berbalik kepada persoalan
otak, Allah kurniakan otak sebagai organ dan asbab pemikiran adalah akal, akal
yang penting sebagai salah satu pembeza antara manusia dan haiwan. Akal ada
untuk kita usahakan dengan anggota sebagai kurniaan dan rahmat daripada Allah
yang sepatutnya kita syukuri sejak azali lagi, usaha untuk cari iman dan Islam
yang sebenar dalam diri kita sendiri.
Dan
semestinya perjalanan itu memerlukan usaha dan kekuatan diri dan setiap
kesakitan yang kita lalui sebenarnya penawarnya adalah melalui kesabaran. Tanpa
kesabaran, maka tiadalah manisnya syurga, bahkan mungkin panasnya neraka pula
yang kita tempa. Dendam, iri hati, PHD ==” dan yang lain-lainnya sifat mazmumah.
Indahkan hidup kalau tiada dendam, tiadanya perasaan hasad dengki, tiadanya
cemburu, hidup untuk melapangkan dan membahagiakan diri sendiri untuk capai
redha Allah. Sedangkan wali-wali Allah beribadah bukan kerana inginkan syurga
tetapi inginkan redha Allah, kerna tahu, bila dah dapat redha Allah, maka
automatiknya akan dapatlah syurga Allah. Tapi kita lain, kita cari syurga
Allah, sebab itulah kita beribadah. Ikhlas atau tidak itu belakang kira sebab
bagi kita yang paling penting adalah ibadah. ==” itulah manusia hidup kerana
ganjaran, sebab itulah kalau Allah zahirkan dosa dan pahala, Allah zahirkan
syurga dan neraka, konfem-konfemlah, semua masjid atas dunia ni penuh sampai
tak cukup ruang, kelab-kelab malam mesti sunyi sepi, mesti tiadanya bising
mat-mat rempit. Tapi bijaksananya Allah hinggakan dia hijabkan semuanya
daripada manusia kerana itulah yang Dia inginkan, ujian kepada manusia,macam
firman Allah dalam al-Quran, apakah manusia merasakan mereka itu beriman
sedangkan mereka itu tidak diuji. Yes, manusia hidupnya penuh dengan ujian, dan
itulah harga sebuah syurga yang kekal abadi ubtuk mereka yang sabar dan tabah
dengan ujian kehidupan.
Ujian dan
kehidupan bukan hanya apabila adanya rasa susah atau gelisah dalam hidup,
bahkan, kaya dan senang itu juga adalah ujian kehidupan Allah, jadi beringat
dan berwaspadalah selalu. Ingat Allah akan sentiasa menguji manusia untuk iman
dan Islam dalam diri. Jaga itu maka Allah juga akan jaga keduanya untuk kita.
Ujian itu adalah tarbiyah kehidupan. Apakah kita kan sabra ataupun sebaliknya.
Ulang perkataan sama, untuk ingatan bersama. InsyaAllah. Ingat Allah itu Maha
Pengampun. Bertaubatlah jika kita pernah melakukan dosa, kecil mahupun besar itu
bukan persoalannya, tetapi keazaman dan usaha untuk kita berubah dan bertaubat
itu yang paling penting. Taubat tak pernah kenal sesiapa dan Allah tidak pernah
lihat diri kita sebelum kita bertaubat, tetapi Allah melihat hati kita dan
siapa kita setelah kita bertaubat. Semaikan benih cinta dan kasih sayang kepada
agama Allah ini, agama Islam, semaikan benih cinta kepada Allah dan kekasihNya
Rasulullah, dan siramilah ia dan bajailah ia dengan ibadah ikhlas dan sunnah
Nabi saw. Tidak ada permata sejernih airmata yang mampu memadamkan api neraka
Allah melainkan air mata taubat kerna takutkan Allah. Kejarlah cinta Allah
untuk redhaNya.
Penulis juga
sedang mengejar dan mencari cinta Allah, masih terlalu banyak kekurangan dan
kelemahan pada diri, tetapi orang kata jalan yang berliku sepanjang hayat itu
yang sama-sama kita rasai, tapi perlu kita faham dan memahami itu semua sebagai
penerang segala jalan gelap dalam hidup kita jika kita sabra, kerana sabra itu
sebagai salah satu penyuluh dalam kehidupan kita. Dan sama-sama kita
jadikan hidayah anugerah Allah sebagai
penerang jalan hidup kita selama-lamanya. insyaAllah.
Wallahua’lam,
maafkan penulis jika sepanjang penulis menulis ini banyak kekurangan yang
dijumpai dan ditemui, mungkin ada yang ditulis seperti tidak dipersetujui oleh
yang membacanya, manusia itu ada buat salah dan silap, jadi perlukan teguran
dan jadilah penegur penulis dan penguat buat penulis untuk terus menulis.
insyaAllah. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu
datangnya daripada diri penulis sendiri, insyaAllah, nantikan yang seterusnya
daripada penulis.
“Kembara
dalam kehidupan tanpa duri dan liku dalam perjalanan, pastinya tidak akan
memberikan kenangan manis dan pahit buat si pegembara, jadi duri dan liku itu
suatu rahmat daripadaNya untuk kita jadikannya sebagai penguat dan kenangan
dalam kehidupan yang mendatang”
11:13pm | 2
Julai 2013 | Selasa
MoFaSMA
<3
No comments:
Post a Comment