Bismillahirrahmaanirrahim…Alhamdulillah
subhanallah, syukur kali ini masih tidak terhingga kepada yang Maha Mencipta
sekalian alam semesta ini, Dia yang memiliki hati manusia sehinggalah kepada
memiliki alam sebesar-besar cakerawala ini, Allah swt.
Kekuatan
jiwa untuk menulis buat penulis datangnya daripada kekosongan jiwa dan
keinginan untuk meluahkan apa yang terkandung dalam rongga jiwa, untuk dikongsi
dan dikhabarkan mungkin kepada mereka yang sudi. Kesekian kalinya insyaAllah
untuk mendapatkan redha Allah semata. Jika hilang pada minat untuk menulis maka
akan hilang jualah setiap jejak untuk menulis dalam jiwa penulis. Terkadang
ingin menulis sesuatu tetapi terasa macam tak tahu nak ulas dari segi apa ==”
terkadang ada perkara yang nak dikritik dan dikomen, tapi takut ada yang
mengkritik penulis pulak jadinya dibiarkan saja~~ -_-“
Krisis jiwa,
malu bila dihina, rasa down sangat-sangat bila dimalukan dan dihina. Yes
mungkin dah jumpa tajuk nak diulas kot ==”. Tak, tak boleh nak ulas tajuk ni
-_-“ rasa lain pulak, rasa cam tak tahu nak ulas apa. Rasa macam tak puas pulak
bila nak ulas pasal benda ni :) see, manusia
takkan pernah puas, bila dah ada satu,mesti nak satu lagi, then satu lagi, then
satu lagi, tidak akan pernah puas sehinggalah masuk kubur mungkin. ==” masuk
kubur dengan rasa masih tidak cukup dengan nikmat kurniaan Allah? Mungkin apa
nasibnya dalam kubur ye? Wallahua’lam, hanya Allah sahaja yang tahu.
Manusia
fitrahnya suci, mengakui dan megiktiraf keEsaan dan keagungan Allah, hanya Dia
yang layak disembah, tetapi apabila roh telah bercampur dengan jasad, maka roh
akan terpengaruh dengan suasana jasad. Jasad fitrahnya sukakan kepada
pengekalan, seperti dunia yang fana ini, sukakan kepada kecantikan yang kekal
sebagai contoh, yes manusia tidak akan pernah puas dengan kecantikan, bila
orang dah kata cantik, tetap akan rasa diri tu masih tak cantik dan mahukan
lagi agar kecantikan itu kekal mungkin
buat selamanya, dan seperti mana yang tertulis dalam post entry sebelum ini,
manusia ini sifatnya lupa insan=lupa, jadi manusia lupa bahawa akan ada
kematian yang menanti, akan ada dunia lain selepas dunia fana yang penuh dengan
penipuan dan ujian hidup, iaitu alam akhirat dan permulaannya adalah alam
barzakh.
Dengan
setiap pengaruh yang jasad berikan kepada roh maka akan hilanglah kesucian roh,
analoginya mudah apabila kain putih sudah dicemari maka alang-alang dah kotor
dengan kotoran dunia maka kotorkan sahaja dengan lebih banyak. Manusia mengikut
hawa nafsu. Lihat kepada persoalan hati manusia, kita sebagai manusia, khalifah
Allah dimuka bumi ini, hambaNya, perlu faham persoalan hati: (1) mengembalikan
hati kepada pengetahuannya yang asal iaitu kenal dan tahu bahawa Allah itu
adalah pencipta kita (2) mengembalikan hati kepada pengabdian kepada Allah
secara mutlak maksudnya kembalikan hati kepada keEsaan Allah dan mengakui
keagungan Allah dalam hidup, tidak ada yang lain berhak disembah melainkan
hanya kepadaNya.
Kita
berjalan dibumi Allah ini dengan setiap liku dan duri yang ada disetiap laluan
kehidupan, dan disepanjang perjalanan kehidupan itu kita akan diuji, diuji dan
diuji. Tidak kira samada ujian itu berbentuk musibah ataupun mungkin nikmat
kebahagiaan yang Allah berikan. Dan Dia yang berhak keatas keduanya, Dia boleh
ambil kesengsaraan itu dan gantikannya dengan kebahagiaan atau mungkin
kebahagiaan itu dengan kesengsaraan bila-bila masa shaja yang Dia hendak.
Kembali kepada Allah, itulah jalan yang terbaik dalam kehidupan, semakin kita
lari daripada Dia semakin jauhlah Dia daripada kita. Disetiap liku kehidupan
semaikan benih kasih sayang, semaikan benih-benih cinta kepada Habibullah,
kerana dengan mengenal baginda NAbi saw, maka insyaAllah kita akan mengenal
Dia, Allah Azzawajalla. Ya memang manusia tidak akan pernah puas dengan
kehidupan kerana adanya “syirik kecil” dalam jiwa, sebab itulah secara asasnya
apabila adanya syirik maka akan ternafilah tauhid kerana keduanya bersifat
diametrical, tidak mungkin terpatri, tidak akan mungkin dikomplimenkan. Riak,
ujub, takbur, sombong walaupun sedikit, itulah yang membwa kepada penafian
tauhid, tiada tauhid maka kan hilanglah sinar iman, kerana tauhid itulah yang
menyinari hati dan menyuluh kepada kebenaran. Ya memang tak dapat nak elak
untuk tidak merasa riak apabila dipuji, merasa bangga bila dipuji, tetapi Allah
itu Maha Agung, Dia Maha Penyayang, minta padanya agar dibuang dan dilindung
daripada rasa-rasa itu. Merasa lapang dengan setiap ujian Allah, itulah cara
yang terbaik untuk melentur dan membuang rasa ujub dalam jiwa.
Kalau baju
yang kotor kita basuh dengan sabun yang ada detergen, yang ada kuasa mencuci
yang baik, maka seperti itulah jua jiwa, perlu dibersihkan dengan cucian yang
berkuasa, dan kuasa yang paling berkesan ialah kembali kepada Allah, kenal
Allah dan cinta Allah dan cintailah apa yang Dia cintai dan sukai.
“Dan
beruntunglah bagi mereka yang mensuciakn jiwa-jiwa mereka…” [as-Syam:9-10]
See,
beruntung bagi mereka yang sucikan dan bersihkan jiwa mereka, beruntung kerana
Allah cinta dan suka mereka yang berusaha untuk sucikan jiwa mereka, kekuatan
jiwa itu tidak kita dapat begitu saja, tapi Allah yang beri Dia yang Maha
Perkasa,minta padaNya, Dia tidak akan pernah jemu dengan kita, tetapi kita yang
akan jemu untuk beribadah kepadaNya, jadi Allah dah sebut, ibadah yang paling
disukai Allah ialah ibadah yang sedikit tetapi istiqamah [berterusan] jadi
buatlah biar berpada, jangan dipaksa diri, tetapi rasai kemanisan ibadah itu,
rasai kelazatan dalam beribadah kepada Allah, maka rasa cinta, rasa keseronokan
itulah yang akan mendorong untuk melakukan yang lebih baik, lebih banyak dan
lebih semangat. insyaAllah.
Fitrah
manusia untuk rasa malas, tetapi malas itu suatu perasaan sahaja, dan suka
untuk penulis sebut, kalau mala situ perasaan maka, ingat perasaan boleh
dikawal, jadi kawal perasaan malas, bukan kita yang diakwal oleh perasaan
malas.
J ya Allah, sesu ngguhnya aku rindu
kepadaMu, rindu pada BaitullahMu, rindu kepada HabibullahMu, rindu kepada
jannahMu, tapi aku tak tahu mengapa rindu itu terkadang tumbuh dan segar tapi
terkadang ia layu, mungkin bajanya ada yang dicemari dengan kotoran, atau
mungkin jua air siaramannya dikotori dengan noda hitam. Sebenarnya hati ini
terlalu letih, terlalu rindu pada kasih sayang dan jagaanMu ya Allah. Ya Allah
terimalah taubat hambaMu ini dan terimalah setiap hadiah dan kiriman doaku,
walaupun mungkin isinya tidak sempurna tiada seri. Allahu Allah~~ J
“Kita
mencari kepuasan dalam jiwa tetapi kita lupa kepuasan itu hanya milik Allah,
jadi mintalah kepadaNya kepuasan itu agar Allah suluhkan pula kepada kebenaran
dan sentiasa dijaga olehNya setiap gerak geri hambaNya ini”
Wallahua’lam…masih
menulis untuk jiwaku dan jiwa yang membaca J insyaAllah.
8.34am | 3
Julai 2013 | Rabu
MoFaSMA
<3
No comments:
Post a Comment