Tuesday, 9 July 2013

Jiwa Manusia | Penulis Kata

Bismillahirrahmaanirrahim…Alhamdulillah subhanallah, syukur kali ini masih tidak terhingga kepada yang Maha Mencipta sekalian alam semesta ini, Dia yang memiliki hati manusia sehinggalah kepada memiliki alam sebesar-besar cakerawala ini, Allah swt.

Kekuatan jiwa untuk menulis buat penulis datangnya daripada kekosongan jiwa dan keinginan untuk meluahkan apa yang terkandung dalam rongga jiwa, untuk dikongsi dan dikhabarkan mungkin kepada mereka yang sudi. Kesekian kalinya insyaAllah untuk mendapatkan redha Allah semata. Jika hilang pada minat untuk menulis maka akan hilang jualah setiap jejak untuk menulis dalam jiwa penulis. Terkadang ingin menulis sesuatu tetapi terasa macam tak tahu nak ulas dari segi apa ==” terkadang ada perkara yang nak dikritik dan dikomen, tapi takut ada yang mengkritik penulis pulak jadinya dibiarkan saja~~ -_-“
Krisis jiwa, malu bila dihina, rasa down sangat-sangat bila dimalukan dan dihina. Yes mungkin dah jumpa tajuk nak diulas kot ==”. Tak, tak boleh nak ulas tajuk ni -_-“ rasa lain pulak, rasa cam tak tahu nak ulas apa. Rasa macam tak puas pulak bila nak ulas pasal benda  ni :) see, manusia takkan pernah puas, bila dah ada satu,mesti nak satu lagi, then satu lagi, then satu lagi, tidak akan pernah puas sehinggalah masuk kubur mungkin. ==” masuk kubur dengan rasa masih tidak cukup dengan nikmat kurniaan Allah? Mungkin apa nasibnya dalam kubur ye? Wallahua’lam, hanya Allah sahaja yang tahu.

Manusia fitrahnya suci, mengakui dan megiktiraf keEsaan dan keagungan Allah, hanya Dia yang layak disembah, tetapi apabila roh telah bercampur dengan jasad, maka roh akan terpengaruh dengan suasana jasad. Jasad fitrahnya sukakan kepada pengekalan, seperti dunia yang fana ini, sukakan kepada kecantikan yang kekal sebagai contoh, yes manusia tidak akan pernah puas dengan kecantikan, bila orang dah kata cantik, tetap akan rasa diri tu masih tak cantik dan mahukan lagi agar kecantikan  itu kekal mungkin buat selamanya, dan seperti mana yang tertulis dalam post entry sebelum ini, manusia ini sifatnya lupa insan=lupa, jadi manusia lupa bahawa akan ada kematian yang menanti, akan ada dunia lain selepas dunia fana yang penuh dengan penipuan dan ujian hidup, iaitu alam akhirat dan permulaannya adalah alam barzakh.

Dengan setiap pengaruh yang jasad berikan kepada roh maka akan hilanglah kesucian roh, analoginya mudah apabila kain putih sudah dicemari maka alang-alang dah kotor dengan kotoran dunia maka kotorkan sahaja dengan lebih banyak. Manusia mengikut hawa nafsu. Lihat kepada persoalan hati manusia, kita sebagai manusia, khalifah Allah dimuka bumi ini, hambaNya, perlu faham persoalan hati: (1) mengembalikan hati kepada pengetahuannya yang asal iaitu kenal dan tahu bahawa Allah itu adalah pencipta kita (2) mengembalikan hati kepada pengabdian kepada Allah secara mutlak maksudnya kembalikan hati kepada keEsaan Allah dan mengakui keagungan Allah dalam hidup, tidak ada yang lain berhak disembah melainkan hanya kepadaNya.

Kita berjalan dibumi Allah ini dengan setiap liku dan duri yang ada disetiap laluan kehidupan, dan disepanjang perjalanan kehidupan itu kita akan diuji, diuji dan diuji. Tidak kira samada ujian itu berbentuk musibah ataupun mungkin nikmat kebahagiaan yang Allah berikan. Dan Dia yang berhak keatas keduanya, Dia boleh ambil kesengsaraan itu dan gantikannya dengan kebahagiaan atau mungkin kebahagiaan itu dengan kesengsaraan bila-bila masa shaja yang Dia hendak. Kembali kepada Allah, itulah jalan yang terbaik dalam kehidupan, semakin kita lari daripada Dia semakin jauhlah Dia daripada kita. Disetiap liku kehidupan semaikan benih kasih sayang, semaikan benih-benih cinta kepada Habibullah, kerana dengan mengenal baginda NAbi saw, maka insyaAllah kita akan mengenal Dia, Allah Azzawajalla. Ya memang manusia tidak akan pernah puas dengan kehidupan kerana adanya “syirik kecil” dalam jiwa, sebab itulah secara asasnya apabila adanya syirik maka akan ternafilah tauhid kerana keduanya bersifat diametrical, tidak mungkin terpatri, tidak akan mungkin dikomplimenkan. Riak, ujub, takbur, sombong walaupun sedikit, itulah yang membwa kepada penafian tauhid, tiada tauhid maka kan hilanglah sinar iman, kerana tauhid itulah yang menyinari hati dan menyuluh kepada kebenaran. Ya memang tak dapat nak elak untuk tidak merasa riak apabila dipuji, merasa bangga bila dipuji, tetapi Allah itu Maha Agung, Dia Maha Penyayang, minta padanya agar dibuang dan dilindung daripada rasa-rasa itu. Merasa lapang dengan setiap ujian Allah, itulah cara yang terbaik untuk melentur dan membuang rasa ujub dalam jiwa.

Kalau baju yang kotor kita basuh dengan sabun yang ada detergen, yang ada kuasa mencuci yang baik, maka seperti itulah jua jiwa, perlu dibersihkan dengan cucian yang berkuasa, dan kuasa yang paling berkesan ialah kembali kepada Allah, kenal Allah dan cinta Allah dan cintailah apa yang Dia cintai dan sukai.

“Dan beruntunglah bagi mereka yang mensuciakn jiwa-jiwa mereka…” [as-Syam:9-10]

See, beruntung bagi mereka yang sucikan dan bersihkan jiwa mereka, beruntung kerana Allah cinta dan suka mereka yang berusaha untuk sucikan jiwa mereka, kekuatan jiwa itu tidak kita dapat begitu saja, tapi Allah yang beri Dia yang Maha Perkasa,minta padaNya, Dia tidak akan pernah jemu dengan kita, tetapi kita yang akan jemu untuk beribadah kepadaNya, jadi Allah dah sebut, ibadah yang paling disukai Allah ialah ibadah yang sedikit tetapi istiqamah [berterusan] jadi buatlah biar berpada, jangan dipaksa diri, tetapi rasai kemanisan ibadah itu, rasai kelazatan dalam beribadah kepada Allah, maka rasa cinta, rasa keseronokan itulah yang akan mendorong untuk melakukan yang lebih baik, lebih banyak dan lebih semangat. insyaAllah.
Fitrah manusia untuk rasa malas, tetapi malas itu suatu perasaan sahaja, dan suka untuk penulis sebut, kalau mala situ perasaan maka, ingat perasaan boleh dikawal, jadi kawal perasaan malas, bukan kita yang diakwal oleh perasaan malas.

 J ya Allah, sesu ngguhnya aku rindu kepadaMu, rindu pada BaitullahMu, rindu kepada HabibullahMu, rindu kepada jannahMu, tapi aku tak tahu mengapa rindu itu terkadang tumbuh dan segar tapi terkadang ia layu, mungkin bajanya ada yang dicemari dengan kotoran, atau mungkin jua air siaramannya dikotori dengan noda hitam. Sebenarnya hati ini terlalu letih, terlalu rindu pada kasih sayang dan jagaanMu ya Allah. Ya Allah terimalah taubat hambaMu ini dan terimalah setiap hadiah dan kiriman doaku, walaupun mungkin isinya tidak sempurna tiada seri. Allahu Allah~~ J



“Kita mencari kepuasan dalam jiwa tetapi kita lupa kepuasan itu hanya milik Allah, jadi mintalah kepadaNya kepuasan itu agar Allah suluhkan pula kepada kebenaran dan sentiasa dijaga olehNya setiap gerak geri hambaNya ini”

Wallahua’lam…masih menulis untuk jiwaku dan jiwa yang membaca J insyaAllah.
8.34am | 3 Julai 2013 | Rabu

MoFaSMA <3

Dimana Kita Dalam Perancangan Allah?

Assalamualaikum wbt salam, salam, dan salam sejahtera,,,^^”

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang tidak terhingga syukurnya kerana masih lagi diberikan nyawa dan nikmat anugerah Allah yang paling besar bagi diri seorang Muslimin dan Muslimat yang mengakui keEsaan dan keagungan Allah swt. Nikmat yang tidak ternilai harganya iaitu nikmat iman dan Islam.
Rasanya penulis dah pun mungkir pada janji, -_-“ katanya nak menulis dan buat yang terbaik untuk blog ni tapi selalu x sempat untuk menukilkan sesuatu walaupun hanya mungkin secebis kata nasihat atau motivasi ataupun even hanya ilmu yang sedikit untuk dikongsi bersama.

 Mungkin dah kerana  terlalu sibuk degan rutin harian, yes sebagai student kot yang membuatkan penulis langsung tiada masa untuk menulis sesuatu kat ruangan ini. ==” ahaha alasan mungkin…entahla, dalam hidup kadang kala kita merasakan bahawa kita yakin untuk melakukan sesuatu yang belum pasti kita akan lakukan, kadang kala kita akan rasa teragaka-agak dan susah untuk membuat keputusan tentang apa yang kita nak lakukan… ==”

Terkadang kita rasa minat untuk lakukan sesuatu pekerjaan tu sehinggakan membuatkan kita lakukan perancangan yang terbaik untuk lakukan dan laksanakannya untuk dapatkan hasil yang terbaik dan berbaloi dengan usaha yang kita curahkan untuk minat kita tu, tapi kita lupa selupa-lupanya bahawa perancangan Allah itu lebih besar dan lebih sempurna untuk kita. Kita merancang dengan sebaik baik perancangan, tetapi Allah itu sebaik-baik dan sesempurna perancang. Contohnya mudah, penulis sendiri minat untuk menulis, minat untuk berkongsi sesuatu yang penulis  tahu, suka untuk berkongsi sedikit ilmu yang penulis ada dengan semua orang, bukan untuk dibanggakan tetapi sekadar untuk dijadikan saham akhirat kelak. Tapi disebabkan sibuk dengan tugasan sebagai student university, menulis pun entah hilang kemana, memang orang selalu sebut, kalau dah minat, apapun takkan menjadi halangan buat memenuhi minat tersebut walaupun terpaksa berhabis masa dan wang ringgit. Tapi entahlah apa yang tak kena dengan penulis, minat ada tapi usaha tak ada. :O

==” Terus terang penulis kata, penulis nak sangat jadi seperti maybe seperti abang Hilal Asyraf aka Langit Illahi.com,  mungkin juga seperti Hasrizal Abdul Jamil aka saifulislam.com, atau mungkin juga macam penulis-penulis blog lain yang mampu memberikan manfaat kepada semua yang membaca apa yang ditulis. Mungkin tidak sehebat mereka-mereka yang tersenarai seperti diatas tetapi cukuplah sekadar ada ramai teman untuk berkongsi dan ramai yang menjadi pembaca, penegur dan pembantu membaiki kesilapan dalam tulisan penulis.

Kita tidak tahu bilakah ajal kita akan mendatang, manusia, sering kali lupa sesuai dengan term insan itu sendiri, maksudnya tidak lari, insan=pelupa. Manusia lupa pada asal usulnya, manusia lupa pada perjanjian dan ikrarnya dengan Allah dialam rahim ketika mana roh hendak ditiupkan kedalam jasad. Pengabdian diri kepada Allah-itulah yang kita ikrarkan dan perjanjian kita dengan Allah, tidak kiralah ibu bapa kita Islam atau tidak sebelumnya, tetapi itulah perjanjian setiap daripada kita, dan indahnya dan bijaksananya Allah, dia kurniakan kita dua perkara iaitu otak sebagai organ dan asbab pemikiran iaitu akal, antara otak dengan jantung mana yang lagi penting???

Umi penulis mengatakan bahawa yang lebih penting adalah jantung sebabnya, tanpa otak kita hanya mungkin lumpuh dan koma sahaja, lihat sahaja mereka yang koma, jantungnya masih berdegup, tapi otaknya yang tidak berfungsi, tetap hidup, lagipun doktor kalau nak sahkan seseorang itu sudah meninggal dunia atau belum,konfem-konfem ==” diorang check nadi dulu, degupan jantung dulu kan, bukannya check samada otak dah berhenti berfungsi belum ==” tapi lihat jika tiada jantung, maka akan hilanglah degupan untuk jantung pam darah ke seluruh badan, maka hilanglah satu kehidupan, sedangkan yang hidup bergantung kepada mesin pernafasan juga perlukan mesin yang bertanggungjawab seperti jantung. Jantung pusatnya pengedaran darah, no darah=no life. No life=mati. Berbalik kepada persoalan otak, Allah kurniakan otak sebagai organ dan asbab pemikiran adalah akal, akal yang penting sebagai salah satu pembeza antara manusia dan haiwan. Akal ada untuk kita usahakan dengan anggota sebagai kurniaan dan rahmat daripada Allah yang sepatutnya kita syukuri sejak azali lagi, usaha untuk cari iman dan Islam yang sebenar dalam diri kita sendiri.

Dan semestinya perjalanan itu memerlukan usaha dan kekuatan diri dan setiap kesakitan yang kita lalui sebenarnya penawarnya adalah melalui kesabaran. Tanpa kesabaran, maka tiadalah manisnya syurga, bahkan mungkin panasnya neraka pula yang kita tempa. Dendam, iri hati, PHD ==” dan yang lain-lainnya sifat mazmumah. Indahkan hidup kalau tiada dendam, tiadanya perasaan hasad dengki, tiadanya cemburu, hidup untuk melapangkan dan membahagiakan diri sendiri untuk capai redha Allah. Sedangkan wali-wali Allah beribadah bukan kerana inginkan syurga tetapi inginkan redha Allah, kerna tahu, bila dah dapat redha Allah, maka automatiknya akan dapatlah syurga Allah. Tapi kita lain, kita cari syurga Allah, sebab itulah kita beribadah. Ikhlas atau tidak itu belakang kira sebab bagi kita yang paling penting adalah ibadah. ==” itulah manusia hidup kerana ganjaran, sebab itulah kalau Allah zahirkan dosa dan pahala, Allah zahirkan syurga dan neraka, konfem-konfemlah, semua masjid atas dunia ni penuh sampai tak cukup ruang, kelab-kelab malam mesti sunyi sepi, mesti tiadanya bising mat-mat rempit. Tapi bijaksananya Allah hinggakan dia hijabkan semuanya daripada manusia kerana itulah yang Dia inginkan, ujian kepada manusia,macam firman Allah dalam al-Quran, apakah manusia merasakan mereka itu beriman sedangkan mereka itu tidak diuji. Yes, manusia hidupnya penuh dengan ujian, dan itulah harga sebuah syurga yang kekal abadi ubtuk mereka yang sabar dan tabah dengan ujian kehidupan.

Ujian dan kehidupan bukan hanya apabila adanya rasa susah atau gelisah dalam hidup, bahkan, kaya dan senang itu juga adalah ujian kehidupan Allah, jadi beringat dan berwaspadalah selalu. Ingat Allah akan sentiasa menguji manusia untuk iman dan Islam dalam diri. Jaga itu maka Allah juga akan jaga keduanya untuk kita. Ujian itu adalah tarbiyah kehidupan. Apakah kita kan sabra ataupun sebaliknya. Ulang perkataan sama, untuk ingatan bersama. InsyaAllah. Ingat Allah itu Maha Pengampun. Bertaubatlah jika kita pernah melakukan dosa, kecil mahupun besar itu bukan persoalannya, tetapi keazaman dan usaha untuk kita berubah dan bertaubat itu yang paling penting. Taubat tak pernah kenal sesiapa dan Allah tidak pernah lihat diri kita sebelum kita bertaubat, tetapi Allah melihat hati kita dan siapa kita setelah kita bertaubat. Semaikan benih cinta dan kasih sayang kepada agama Allah ini, agama Islam, semaikan benih cinta kepada Allah dan kekasihNya Rasulullah, dan siramilah ia dan bajailah ia dengan ibadah ikhlas dan sunnah Nabi saw. Tidak ada permata sejernih airmata yang mampu memadamkan api neraka Allah melainkan air mata taubat kerna takutkan Allah. Kejarlah cinta Allah untuk redhaNya.

Penulis juga sedang mengejar dan mencari cinta Allah, masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan pada diri, tetapi orang kata jalan yang berliku sepanjang hayat itu yang sama-sama kita rasai, tapi perlu kita faham dan memahami itu semua sebagai penerang segala jalan gelap dalam hidup kita jika kita sabra, kerana sabra itu sebagai salah satu penyuluh dalam kehidupan kita. Dan sama-sama kita jadikan  hidayah anugerah Allah sebagai penerang jalan hidup kita selama-lamanya. insyaAllah.

Wallahua’lam, maafkan penulis jika sepanjang penulis menulis ini banyak kekurangan yang dijumpai dan ditemui, mungkin ada yang ditulis seperti tidak dipersetujui oleh yang membacanya, manusia itu ada buat salah dan silap, jadi perlukan teguran dan jadilah penegur penulis dan penguat buat penulis untuk terus menulis. insyaAllah. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri penulis sendiri, insyaAllah, nantikan yang seterusnya daripada penulis.



“Kembara dalam kehidupan tanpa duri dan liku dalam perjalanan, pastinya tidak akan memberikan kenangan manis dan pahit buat si pegembara, jadi duri dan liku itu suatu rahmat daripadaNya untuk kita jadikannya sebagai penguat dan kenangan dalam kehidupan yang mendatang”

11:13pm | 2 Julai 2013 | Selasa

MoFaSMA <3

Monday, 6 May 2013

.:Aku di Malaysia Bukan di Turki:.

Bismillahirahmaanirrahim,,,

Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah, terasa sangat lama tidak mengupdate blog ni, mungkin kerana kesibukan dengan tugasan kerja dan demam PRU-13, apa-apa pun insyaAllah, rasa bersemangat kembali untuk menulis apa yang terkandung dalam isi hati mungkin setakat dari malam semalam hingga sekarang. Isunya bukan mengenai pilihanraya, cuma ingin sekali rasanya saya luahkan mengenai bezanya penerimaan ilmu untuk umat Islam kita di Malaysia dan di Turki.

Baru sahaja menyelesaikan bacaan naskah Secangkir Teh Pengubat Letih karya Hasrizal Abdul Jamil yang berkisar mengenai travelog perjalanan hidup beliau di bumi Turki, bumi anbiya' dan para sahabat. InsyaAllah, bukan nak bagi ulasan tentang naskah tersebut cuma terasa ingin highlightkan beberapa perkara yang menarik perhatian saya dengan bab-bab tertentu dalam naskah tersebut. Antaranya:

Islam Popular, Islam Murahan

Anehkan, ada juga istilah Islam popular dan Islam murahan? Baiklah baca dan teliti betul-betul apa yang ingin saya tulis dan katakan. Keghairahan terhadap pengetahuan dan kemahuan yang tinggi untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara hingga ke akar umbi, seolah-olah sudah pudar dari ummah yang  pernah hebat dan bijak pandai ini. masing-masing terlalu cepat berpuas hati dengan khabar angin, hearsay yang tiada nilai pengetahuan, semuanya superficial. Sedangkan Allah swt sebut dalam al Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

(Al-Hujuraat ayat 6)

Itulah yang saya rasa berlaku dengan umat Islam sekarang terutamanya di Malaysia, terlalu mengambil mudah segala maklumat yang mereka dapat, terutamanya yang datang daripada media arus perdana. Berlainan jika kita lihat di Turki, budaya penterjemahan buku SANGAT aktif, seperti jua di Indonesia. Lihat sahaja di Istanbul, malah di tempat-tempat seperti Samsun dan Konya, aktiviti mencari ilmu begitu ghairah dilakukan, mungkin kerana tekanan luar biasa dari dalam dan luar terhadap Turki, namun pointnya disini, lihat betapa orang Turki sangat menghargai ilmu, bahkan diceritakan dalam naskah ini, apabila penulis menceritakan pengalamannya dengan seorang pakcik yang bekerja sebagai cleaner di Bolvadin yang tahu walaupun sedikit tentang Malaysia, siapa kenal Bolvadin, itulah antara tempat yang terpencil di Turki, namun kalaulah seorang pakcik tua bekerja sebagai seorang cleaner di situ pun ada maklumat semasa tentang hal luar negara apatah lagi jika orang mudanya. Lihat betapa uniknya Turki, dan betapa berbezanya budaya ilmu di Turki berbanding kita di Malaysia. Maafkan saya, bukan ingin memuji Turki melebih-lebih tetapi itulah antara hakikat yang perlu kita terima.

Berbanding dengan seorang Arab Jordan yang juga juga ditemui oleh penulis naskah, yang begitu mudah ditipu apabila penulis mengatakan bahawa Malaysia terletak di barat Palestin. Lucu bukan. Bukan jua saya disini bermaksud untuk merendah-rendahkan bangsa Arab, tetapi kesan hilangnya semangat pencarian dan menuntut ilmu dengan betul-betul dan diselidiki setiap maklumat yang ada begitu luntur dan pudar oleh umat Islam sekarang. 

Turki berIslam bukan dengan Islam murahan. Tahukah anda di Turki, khutbah Jumaatnya sungguh pendek, manakala aktiviti seperti kuliah Subuh dan kuliah Maghrib amat jarang ditemui. Di Turki tiada ustaz-ustaz, tidak ada penceramah bebas. jauh sekali ustaz-ustazah selebriti. Itulah kenyataannya di Turki. Saya melihat umat Islam di Malaysia, sememangnya sudah cukup beruntung dengan kuliah agama dalam media arus perdana, ceramah agama di setiap malam-malam minggu, terisi dengan makanan kerohanian buat kita. Alhamdulillah, namun, sedikit kekurangan apabila, segelintir daripada kita mengambil apa yang ditonton dalam kuliah agama di media arus perdana, apa yang didengari dalam ceramah-ceramah agama malam-malam minggu, tetapi seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fenomena dengar, kemudian terima bulat-bulat pun ada dan bagi saya agak kurang sedap rasanya. Belum cukup mantap untuk kita sama-sama berusaha untuk menjadi yang terbaik. Sepatutnya bagi saya budaya dengar, teliti, kemudian buat kajian balik, dalami lagi mengenai sesuatu perkara itu, itulah yang terbaik bagi kita sebagai umat Islam. Biar percambahan ilmu itu ada.


Di Turki walaupun tiada ustaz-ustazah, namun dari mana mereka mendapatkan ilmu dan idea? Lihat, apa yang mencubit kehidupan mereka adalah artikel surat khabar dan ucapan-ucapan di televisyen, bukan kuliah Subuh atau kuliah maghrib. Sehinggakan orang Turki ni, apabila tibanya waktu siaran berita-berita di televisyen, tiada lagi sesuatu perkara pun yang mampu menganggu gugat perhatian mereka kepada penumpuan mereka kepada apa yang dilihat dan didengari, bahkan mereka amat beremosi jika mereka diganggu. Mereka sangat menghargai ilmu yang mereka dapat. Namun bagi saya, sayang di Malaysia ni, saya faham keadaanya, dengan sikap berat sebelah media arus perdana negara memburukkan lagi keadaan kita di Malaysia. Maklumat dan idea yang sampai kepada rakyat dilihat tidak telus dan terlalu tidak adil. Sudah terlalu terang dan nyata. 

Kebanyakan tokoh dan penulis yang memberi impak kepada masyarakat Turki ialah para ilmuwan Islam yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah universiti, dimana jika kita lihat mereka inilah yang mempunyai idea dan buah fikiran yang tersusun. Di Malaysia, saya begitu kagum dengan masyarakat di negeri Kelantan, masyarakatnya majoriti mempunyai latar belakang agama yang baik. Anak-anak mereka kebanyakannya ditarbiyah dengan baik, dengan wadah Islamiyah yang tinggi, bahkan di bahagian pucuk pimpinan yang memimpinnya juga dilihat dari kalangan mereka yang bertaraf ulama'. Tidak hairan jika rakyat negeri Kelantan ini, walaupun mereka berhijrah keluar daripada negeri mereka sekalipun, tiada masalah bagi mereka untuk berdikari, bahkan identiti negeri dari segi loghat bahasanya tidak luntur. Negeri "Serambi Mekah" satu jolokan nama buat negeri ini. Budaya ilmu saya lihat di negeri ini setelah beberapa kali menjejakkan kaki kesini antara yang paling bercambah subur. Setiap minggu rasanya pasti ada kuliah agama yang diadakan baik dikawasan bandar, bahkan di kawasan kampung sekalipun. Dan tidak terkejut jika saya katakan, rata-rata mereka yang hadir ke kuliah agama ini adalah mereka yang juga tergolong dari golongan intelektual dan terpelajar, dan sudah pastinya mereka-mereka ini adalah antara golongan yang akan membuat  bacaan balik tentang apa yang didengar.

Melihat kepada percambahan ilmu dinegeri orang, saya singgah sebentar melihat percambahan ilmu dinegeri saya sendiri iaitu Terengganu. Alhamdulillah, percambahan ilmu juga berlaku disini, bahkan saya rasa percambahan ilmu ada di serata Malaysia sebenarnya, cuma ditahap mana kita mengambilnya, adakah hanya mengambilnya secara bulat-bulat tanpa dibuat bacaan lanjut atau ditalaqqi dengan guru-guru yang lain tentang ilmu itu. Saya tidak memuji mana-mana negeri sekalipun, cuma hanya pandangan peribadi saya sahaja.

Betapa kita perlu lihat kembali, sejauh mana kita menghargai ilmu yang diberikan oleh Allah kepada kita, adakah hanya sekadar, dapat ilmu kemudian simpan atau kita dapat ilmu, kita teliti, dalami lagi, simpan, dan kemudian kita curahkan pula kepada orang lain. Jika di Turki kerana perkara seperti inilah yang menjadi antara faktor yang membuatkan AKP menang dalam pilihanrayanya. Budaya tekun mendengar penjelasan dan berFIKIR sebelum berkata-kata, memudahkan laluan mereka untuk menang. Rakyat yang sudah terbiasa dengan maklumat dan input daripada telesvisyen dan penelitian mereka tentang sesuatu isu banyak membantu mereka membuat pilihan yang tepat sewaktu pilihanraya. Di Malaysia, kita sudah terlalu dibudayakan dengan Islam popular, Islam murahan. Islam yang tidak mencetuskan fikir. Tetapi sekadar muntahan idea penceramah yang ditelan bulat-bulat tanpa proses oleh pendengar. Sekadar berita-berita putar belit yang dikeluarkan dan kita pula sebagai pendengar, terima bulat-bulat. Inilah antara budaya yang perlu diubah, dapat ilmu dan idea, teliti, fikir, nilai, simpan dan curahkan pula pada yang memerlukan.

Entri post saya kali ini, mungkin dilihat kurang enak untuk dibaca, namun ini hanyalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Mungkin ada yang berpandangan lain daripada saya, dan setiap perbezaan itu kita raikan. InsyaAllah. Wallahua'lam.






Friday, 3 May 2013

Pengguguran dan Pembuangan Bayi Menurut Perspektif Islam dan Perundangan Islam


PENGGUGURAN DAN PEMBUANGAN BAYI  MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN PERUNDANGAN ISLAM
Oleh; Mohd Fakhrullah Salafusalam bin Mohd Afandi

Abstrak

Isu pengguguran dan pembuangan bayi dalam kalangan wanita Islam di negara tercinta ini adalah fenomena semasa yang menjadi permasalahan yang bersifat domestik dan antarabangsa. Artikel ini ditulis bertujuan untuk memahami isu pengguguran bayi dan juga pembuangan bayi dengan merujuk kepada undang-undang Islam dan menurut kacamata perspektif Islam itu sendiri. Perbincangan akan dilanjutkan jua dengan perkara-perkara yang sering dikaitkan dengan isu ini sehinggakan isu ini menjadi isu nasional yang perlu dibendung daripada semakin berleluasa dan bermaharajalela kini. Artikel ini juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penggunaan prinsip perundangan Islam dalam menyelesaikan isu ini memandangkan keadaan masalah ini yang semakin meruncing dan membarah dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Selain itu, kita akan turut melihat sejauh mana peruntukan dan hukuman berkaitan pengguguran dan pembuangan bayi di bawah Kanun Keseksaan Malaysia dan perspektif Islam dan sejauh mana peranan Mahkamah Syariah dalam menanggani isu ini.
Pengenalan


Nyawa dan peluang hidup adalah sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan seorang insan yang bergelar hamba Allah. Setiap yang bernyawa sudah pastinya menghargai nikmat hidup yang dikurniakan oleh Tuhan yang telah menciptakan manusia. Bahkan  dalam semua agama tidak membenarkan nyawa seseorang diambil dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab musabab yang betul dan perlu untuk tujuan itu. Kes pengguguran bayi dan pembuangan bayi secara sengaja kini semakin parah dalam kalangan masyarakat kita, apabila  dilihat kepada impak yang diterima oleh individu, institusi kekeluargaan dan masyarakat amnya sangat besar sehinggakan isu ini boleh dikategorikan sebagai isu nasional yang memberikan kesan dari sudut ekonomi, politik bahkan sosio-ekonomi juga. Walaupun tiada kalimah pembunuhan digunakan, namun elemen ‘actus reus’ dan ‘mens reus’ masih tetap memenuhi elemen jenayah pembunuhan terutama bagi kes pembuangan bayi atau janin yang berusia lewat empat bulan dan yang sudah dikatakan sudah ditiupkan roh dan nyawa seperti manusia biasa. Bezanya cuma keupayaannya untuk hidup di dunia nyata masih tiada.

Kes pengguguran dan pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini terutamanya dalam kalangan remaja bukan lagi suatu isu atau kes yang terpencil lebih-lebih lagi negara kita dilabel sebagai negara yang mengamalkan sistem Islam. Persoalannya dimana salahnya dan puncanya sehingga menyebabkan angka kes isu ini semakin meningkat saban hari, bahkan hampir setiap hari kita dihidangkan dengan kes-kes seumpama ini. Kes ini juga bukan sesuatu yang baru, bahkan sudahpun berlaku diawal ketamadunan manusia, yang membezakannya pula hanyalah masa dan juga alasan pengguguran bayi dilakukan. Dari segi etika, moral dan hak manusia, pengguguran bayi boleh dianggap sebagai satu kes yang merupakan satu hak wanita untuk melakukannya, namun dari segi impak jangka panjangnya pula ianya suatu perkara yang tidak boleh sewenang-wenangnya dilakukan dan diterima oleh masyarakat kita begitu sahaja. Pengguguran bayi melibatkan nyawa janin yang sedang berkembang dan mempunyai potensi untuk hidup. Justeru ianya adalah suatu perkara yang perlu dilihat dan dikaji dengan lebih teliti dari aspek perundangan dan hukuman sewajarnya kepada pesalah kes ini. Apa yang jelas disini, pengguguran bayi bukan lagi suatu isu minoriti, tetapi ianya bersifat domestik dan sejagat, dimana ianya bukan sahaja berlaku di negara kita sahaja bahkan diseluruh dunia dengan alasan yang pelbagai.


Bab 1 :   Pengguguran Bayi dalam Lingkungan Masyarakat Secara Umum

a)         Definisi Pengguguran

Pengguguran menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berasal dari perkataan “gugur” yang membawa kepada pelbagai maksud antaranya jatuh sebelum masak, luruh, buang atau hilang. Manakala bagi tujuan define ‘gugur’ di dalam artikel ini ia membawa maksud lahir sebelum cukup bulan. Perkataan “pengguguran” pula memberi erti perihal atau perbuatan menggugurkan, atau mengeluarkan anak atau janin sebelum cukup bulan daripada rahim si ibu (dengan sengaja). Namun dari sudut yang lain pula kata terbitan daripada perkataan ‘gugur’ iaitu “keguguran” pula membawa erti melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tersebut meninggal dunia.(Kamus Dewan Edisi Kedua, 2007)

Jelas daripada definisi ini, kesimpulannya yang dinamakan pengguguran itu ialah apabila wujud satu bentuk perbuatan atau dengan tindakan secara langsung atau dengan perantaraan peralatan atau sebagainya dengan tujuan membuang atau mengeluarkan janin atau bayi daripada tempat asalnya iaitu rahim wanita dengan sengaja dan dengat niat untuk mematikan. Jelas juga disini, elemen niat dalam melakukan perbuatan ini adalah sangat penting dalam mendefinisikan pengguguran tersebut dan penggunaannya dalam menentukan hukum kepada pesalah jenayah ini. Secara literalnya, proses keguguran merupakan pembuangan atau pengeluaran embrio atau fetus dari rahim ibu. Ianya boleh berlaku secara spontan dan di dalam kebanyakan kes di mana ianya berlaku secara spontan adalah disebabkan oleh keabnormalan dari segi struktur atau kromosom janin yang dikandung. Manakala perkataan ‘pengguguran’ itu sendiri membawa kepada makna perbuatan yang disengajakan.

Pengguguran boleh dilakukan atas alasan terapeutik seperti menyelamatkan nyawa ibu yang mengandung, atau kecacatan pada janin yang tidak memungkinkan kehidupan. Manakala, pengguguran yang dilakukan tanpa  alasan kukuh merupakan masalah yang mengundang pelbagai kontroversi dan aspek perdebatan dari sudut etika, agama dan moral. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 40-50 juta wanita di seluruh dunia menggugurkan kandungannya setiap tahun atau dalam ertikata yang lain 125,000 kandungan digugurkan setiap hari. Di USA, 20% dari wanita yang hamil akan menggugurkan kandungannya dengan statistik lebih dari 3000 pengguguran setiap hari. Tidak ada keseragaman dari segi undang-undang terhadap isu pengguguran ini. Ada negara yang membenarkan ianya dilakukan secara sah manakala ada negara yang tidak membenarkannya dan tidak kurang pula di mana tiada apa-apa undang yang diwartakan terhadap isu ini.


b)         Perspektif Ilmu Perubatan

Dari sudut ilmu perubatan atau secara saintifiknya, pengguguran dimaksudkan sebagai proses penamatan kandungan dalam Rahim (uterus) sebelum fetus (janin) mencapai tahap keboleh hidupan (viability), iaitu sewaktu fetus (janin) itu mampu untuk hidup dengan bantuan alat bantuan tertentu, iaitu tempoh neo-natal dan akhirnya dia mampu untuk hidup di luar Rahim tanpa sebarang alat bantuan. Menurut ilmu perubatan di dalam bidang obstetric dan ginekologi, pennguguran membawa maksud pembuangan hasil persenyawaan atau konseptus sebelum tamat tempoh kehamilan yang normal. Pengguguran berlaku apabila rahim dikosongkan secara pramasa dan dikenali sebagai penamatan kehamilan (termination of pregnancy) yang tidak dikehendaki secara sengaja. Dalam kalangan ahli perubatan, pengguguran biasanya dirujuk sebagai perbuatan penamatan kehamilan secara tidak sah atau illegal (abortion), sebaliknya pula apabila ahli perubatan merujuk perbuatan menggugurkan kandungan atas sebab-sebab perubatan yang memerlukannya berbuat sedemikina disebut sebagai penamatan kehamilan atau termination of pregnancy. Secara rangkumannya, walau apa jua istilah yang digunakan oleh ahli perubatan dalam merujuk kepada perbuatan pengguguran kandungan, kesan dan prosesnya tetap sama iaitu mengosongkan Rahim daripada sebarang janin (fetus) sebelum tempoh penamatan kehamilan yang sebenarnya. Secara mudahnya, janin yang digugurkan itu tidak mempunyai keboleh hidupan atau keboleh upayaan untuk hidup walaupun tanpa alat bantuan diberikan. Apa yang membezakan antara keduanya adalah hanya dari sudut perundangan, moral dan etika, diantara tindakan yang sah ataupun terlarang.

Berikut merupakan istilah-istilah perubatan yang digunakan untuk merujuk kepada proses pengguguran atau keguguran:

·       Pengguguran spontan (keguguran): Kematian atau penyingkiran bayi dari rahim akibat trauma tak sengaja atau sebab semula jadi. Keguguran sebegini boleh disebabkan replikasi kromosom tak betul, atau faktor persekitaran lain.
·         Pengguguran aruhan: Pematian atau penyingkiran bayi dari rahim yang dilakukan dengan sengaja oleh manusia sendiri. Pengguguran seperti ini boleh dikategorikan kepada:
·         Pengguguran terapeutik: Pengguguran yang dilakukan bagi:
·         Menyelamatkan nyawa wanita yang hamil
·         Memelihara kesihatan fizikal atau mental wanita
·         Menghentikan kehamilan yang akan melahirkan bayi yang mempunyai gangguan kongenital yang membawa maut atau keadaan tak sihat yang teruk
·         Mengurangkan jumlah fetus secara berpilih, untuk mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan kemahilan berganda
·         Pengguguran elektif: Pengguguran untuk sebab-sebab lain.

c)         Perspektif Islam

Dalam perspektif Islam, pengguguran atau al-ijhad  dari segi bahasa memberi maksud jatuh janin yang telah sempurna dan telah ditiupkan roh, tetapi belum hidup. Al-ijhad juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan seperti al-izlaq (tergelincir), al-isqat (jatuh), al-imlas (tergelincir), dan al-islab (jatuh). Ulama’ mazhab Syafie seperti Iman Ghazali banyak menggunakan perkataan al-ijhad dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin.

d)         Situasi Semasa Pengguguran Bayi

Pengguguran bayi merupakan satu perbuatan yang zalim jika ianya dilakukan secara tidak sah dan tanpa sebab musabab yang memerlukan perbuatan itu dilakukan. Perbuatan ini bertentangan dengan fitrah manusia yang pada hakikatnya cenderung kepada perasaan menyayangi dan disayangi. Islam sangat mencela perbuatan ini kerana ia merosakkan keharmonian masyarakat setempat serta menganggu proses perkembangan sistem kehidupan manusia dalam usaha melahirkan generasi-generasi baharu yang berkualiti daripada pelbagai aspek sebagai persediaan untuk memimpin agama dan negara pada masa akan datang. Kebiasaanya kes pengguguran bayi akan diikuti dengan kes pembuangan bayi. Secara purata, pengguguran kandungan di seluruh dunia dianggarkan melibatkan 50 juta kes setiap tahun iaitu sebanyak 30 juta melakukannya secara sah, sementara 20 juta lagi dibuat secara 'haram'. 

Di luar negara, khasnya di Amerika Syarikat, dua pertubuhan utama, iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data pengguguran kandungan yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang melayang dalam kes pengguguran kandungan di Amerika, iaitu hampir 2 juta, lebih banyak dari jumlah mangsa perang mana pun dalam sejarah negara itu. Sebagai gambaran, jumlah mangsa perang tentera AS dalam tiap-tiap peperangan adalah: Perang Vietnam 58,151 orang, Perang Korea 54,246 orang, Perang Dunia II 407,316 orang, Perang Dunia I 116,708 orang, Civil War (Perang Sipil) 498,332 orang. Secara keseluruhan, dalam sejarah dunia, jumlah kematian kerana pengguguran kandungan jauh melebihi jumlah mangsa seluruh peperangan jika digabungkan keseluruhannya (www.genetik2000.com).

Data tersebut ternyata selari dengan perangkaan yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Amerika (62 %) berpendirian bahawa hubungan seksual dengan pasangan luar nikah lain, adalah boleh dilakukan.  Mereka beralasan ianya biasa diamalkan dan semua orang mesti melakukannya (James Patterson dan Peter Kim, 1991, The Day America Told The Thruth dalam Dr. Muhammad Bin Saud Al Basyr, Amerika di Ambang Keruntuhan, 1995, hal. 19).
Menurut Ketua Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Zainul Rashid Mohd Razi, pengguguran janin boleh memberikan implikasi yang besar kepada pelakunya. Antaranya, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran peranakan, selain berpotensi mengalami pendarahan di dalam perut yang boleh menyebabkan wanita tersebut pengsan atau maut.

Walau apapun sekarang, melihatkan kepada statistik yang dikeluarkan, ternyata isu pengguguran bayi kini semakin membarah dalam masyarakat dunia, sebab itu di awalnya tadi saya mengatakan bahawa isu ini bukan isu dalam masyarakat Malaysia semata bahkan ianya isu domestik dan sejagat yang boleh membantutkan kemajuan sesebuah negara. Penyelesaian kepada masalah ini perlu dan penentuan hukum secara tegas perlu untuk mempastikan isu ini dapat dibendung daripada terus berleluasa dan jika dikaji sekalipun, faktor pengguguran bayi biasanya mempunyai kaitan dengan factor-faktor pembuangan bayi, sebagai contoh, apabila berlaku peningkatan dalam kes rogol atau zina, secara logiknya kes pengguguran bayi secara haram dan pembuangan bayi secara haram juga akan turut meningkat.

Manusia mana yang sanggup untuk hidup dalam perasaan malu jika masyarakat mencemuh dirinya yang tidak berkahwin tetapi mengandung, dan sudah tentunya anak itu ialah anak luar nikah, anak yang tidak sah tarafnya, namun, dari sudut etika dan moral Islamiyyah, perbuatan membunuh bayi (menggugurkan kandungan) itu lebih teruk cemuhannya daripada malu mengandungkan anak luar nikah. Islam agama fitrah dan syumul dengan undang-undang yang lengkap dan sesuai untuk manusia disepanjang zaman. Dan dalam Islam telah pun hangat diperdebatkan tentang isu ini, tentang hukumnya untuk kemaslahatan ummah. Dan setiap hukum dan undang-undang yang tercatat dan dikeluarkan oleh fuqaha adalah penting dan perlu untuk menjaga kemaslahatan ummah sejagat.

Bab 2:    Qawa’id Fiqhiyyah dalam Penentuan Hukum Pengguguran Bayi

a)         Pengertian Qawa’id Fiqhiyyah

Kaedah dari sudut bahasa bermaksud asas. Dari sudut istilah pula ialah perkara yang dipraktikkan daripada masalah atau perkara pokok kemudian dipraktikkan terhadap perkara-perkara furu’ atau perkara-perkara cabang. Qawa’id fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan feqah islam tentang kaedah-kaedah hukum. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan kemunculan kaedah fiqh ini antaranya (1) terdapat nas-nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagai. (2) Munculnya kaedah ini ekoran dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fuqaha’ dan (3) terdapat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi ke generasi lain untuk disesuaikan dengan masalah-masalh furu’.

Dalam Qawa’id fiqhiyyah terdapat lima kaedah utama yang disenaraikan oleh fuqaha’ dalam menentukan hukum:

1.      Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat dan Matlamat.
2.      Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan.
3.      Kesukaran Membawa Kemudahan.
4.      Bahaya Mesti Dihapuskan.
5.      Adat Menjadi Hakim.
Dalam isu pengguguran bayi, kaedah fiqh ada menggariskan satu prinsip iaitu bahaya mesti dihapuskan dan membawa maksud secara mudahnya tiada boleh melakukan sesuatu yang bersifat mudarat kepada diri sendiri dan memudaratkan orang lain. Sumber pengambilan kaedah ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Tidak boleh bahaya dan tidak membahayakan.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

Islam memandang mulia pada setiap kehidupan dari detik ianya dijadikan dan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memelihara kehidupan atau hayat itu. Firman Allah swt
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”

(Surah Al Isra’ ayat 31)

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.”                       

(Surah Al Isra’ ayat 33)

Pengguguran adalah sesuatu yang memudaratkan janin kerana tindakan tersebut adalah bertujuan mematikannya. Ia juga boleh memudaratkan nyawa si ibu kerana dalam sesetengah situasi, perbuatan menggugurkan kandungan itu boleh menyebabkan pendarahan yang kritikal kepada si ibu dan perkara ini sekaligus akan mengancam nyawa si ibu, lihat petikan dibawah dalam ilmu perubatan sendiri mengatakan sedemikian.

“Menurut Ketua Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Zainul Rashid Mohd Razi, pengguguran janin boleh memberikan implikasi yang besar kepada pelakunya. Antaranya, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran peranakan, selain berpotensi mengalami pendarahan di dalam perut yang boleh menyebabkan wanita tersebut pengsan atau maut.”

b)         Pembahagian dan Penentuan Hukum Berdasarkan Qawa’id Fiqhiyyah

Melihat kepada perbahasan para fuqaha’ dalam memperdebatkan isu ini, secara ringkasnya hukum pengguguran janin terbahagi kepada dua keadaan:

i)    Pendapat yang disepakati fuqaha, iaitu bahawa haram hukumnya melakukan pengguguran kandungan setelah ditiupkannya ruh (usia kandungan empat bulan).

Melihat kepada pernyataan ini, perlu dilihat ketika mana kandungan itu ditiupkan roh, dalam Al Quran telah menceritakan secara terpeinci perihal perkembangan bayi bermula daripada sebelum percantuman atau persenyawaan antara benih lelaki dan benih perempuan menerusi firman Allah swt dalam Surah Al Mu’minun:

            “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan nuftah dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.”

            (Al Mu’minun ayat 12 – 16)

Hadis Nabi saw daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata Rasulullah saw telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan,

“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan empat kalimah; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

Dalam menentukan bilakah roh ditiupkan, ulama’ berbeza pendapat, namun para fuqaha’ sepakat menentukan hukum pengguguran adalah haram dan merupakan satu perbuatan jenayah dalam Islam kerana membunuh janin yang tidak berdosa dan bernyawa serta mempunyai potensi untuk hidup.

Dalilnya pengharamannya pula adalah seperti berikut.:

Firman Allah swt:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu."

(Surah al-An’am ayat 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut miskin.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.”

(Surah al-Isra’ ayat 31)

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan (alasan) yang benar (menurut syara’).”

(Surah al-Isra` ayat 33)

“Dan apabila bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup itu ditanya karena dosa apakah ia dibunuh."

(Surah at-Takwiir ayat 8-9)

Berdasarkan dalil-dalil ini maka pengguguran kandungan adalah haram pada kandungan yang bernyawa atau telah berusia 4 bulan dan lebih, sebab dalam keadaan demikian bererti pengguguran kandungan itu adalah suatu tindakan jenayah pembunuhan yang diharamkan Islam.

ii)         Status hukum pengguguran bayi sebelum ditiupkan roh (usia kandungan belum mencapai empat bulan)

            a)         Boleh digugurkan

Para fuqaha’ berbeza pendapat tentang hukum pengguguran bayi (janin) sebelum ditiupkan roh (kandungan belum mencapai usia empat bulan), namun kebanyakan daripada mereka mengatakan pengguguran bayi (janin) ketika ini adalah haram.
Pengguguran yang dilakukan ketika janin belum mencapai tahap atau linkungan usia empat bulan atau 120 hari, maka hukumnya dikatakan harus atau ja’iz (tidak apa-apa). Ini berdasarkan pendapat bahawa pengguguran nutfah sebelum menjadi janin, dari segi hukum dapat disamakan dengan ‘azl (coitus interruptus) yang dimaksudkan untuk mencegah terjadinya kehamilan.  ‘Azl dilakukan oleh seorang laki-laki yang tidak menghendaki kehamilan perempuan yang digaulinya, sebab ‘azl merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan.  Tindakan ini akan mengakibatkan kematian sel sperma, sebagaimana akan mengakibatkan matinya sel telur, sehingga akan mengakibatkan tiadanya pertemuan sel sperma dengan sel telur yang tentu tidak akan menimbulkan kehamilan.
Rasulullah saw telah membolehkan ‘azl kepada seorang laki-laki yang bertanya kepada baginda mengenai tindakannya mempergauli hamba perempuannya, sedangkan dia tidak menginginkan hamba perempuannya itu hamil.  Rasulullah saw bersabda kepadanya:

“Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!”

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud)

                        b)         Haram digugurkan

Hujahnya, kehidupan sesuatu itu perlu dihormati. Iman al-Ghazali mengatakan bahawa janin tetap dihormati sebagai sesuatu yang mempunyai potensi untuk hidup kerana keboleh upayaanya untuk berkembang menjadi bayi yang cukup sifat. Maka memusnahkannya iaitu dengan menggugurkannya termasuk dalam perbuatan memusnahkan sesuatu yang bermanfaat, iaitu haram hukumnya. Kata Ibnu Juzi ,bila mani sudah melekat di dinding rahim ia tidak lagi boleh diganggu. Lebih teruk lagi apabila ia sudah bersifat. Malah apabila ia sudah bernyawa perbuatan menggugurkannya itu jelas merupakan pembunuhan manusia tanpa khilaf di kalangan para fuqaha’. (Al-Qawanin al-Fiqhiyah:141). Kata al-Hattab, Ibn al-`Arabi berpendapat para ulama sepakat mengatakan pengguguran sebelum tempoh empat puluh hari selepas persetubuhan berlaku adalah tidak harus.(Mawahib al-Jalil: 3/477). Kata Ibn Hajar al-Haitami, para fuqaha berbeza pendapat tentang hukum perbuatan menyebabkan keguguran kandungan yang belum bernyawa, iaitu sebelum genap 120 hari. Mengikut Ibn al-Imad dan para fuqaha lain lagi ia nya perbuatan haram.(Tuhfat al-Muhtaj:8/241).

            iii)        Pengguguran yang diharuskan syarak

                                    a)         Nyawa ibu terancam

Islam itu agama yang fleksibel dan memudahkan, tidak semestinya sesuatu perkara itu apabila dihukumkan haram maka, tiada tasamuh untuk kes yang perlu dilihat dan dikaji secara mendalam. Menyelamatkan kehidupan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam, sesuai firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(Surah al-Ma’idah ayat 32)

Kaedah fiqh dalam masalah ini menyebutkan:

“Idza ta’aradha mafsadatani ru’iya a’zhamuha dhararan birtikabi akhaffihima”

Yang bermaksud: “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.” (Abdul Hamid Hakim, 1927, Mabadi` Awaliyah fi Ushul Al Fiqh wa Al Qawa’id Al Fiqhiyah, ms.35)
Dalam hal ini, nyawa ibu lebih diutamakan kerana mengambil kira ibu sebagi salah satu tonggak dalam kehidupan rumah tangga. Terdapat banyak contoh perkara atau penyakit yang biasanya memerlukan si ibu untuk menggugurkan kandungannya bagi menjamin keselamatan nyawa ibu itu tadi sebagai contoh penyakit kanser yang dikesan di awal kehamilan seperti kanser payudara, kanser servik, kanser paru-paru yang memerlukan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi; dimana jika si ibu meneuskan kandungan boleh menjejaskan kesihatan si ibu dan juga kandungan di mana boleh memberi kesan yang lebih teruk. Dalam hal ini ulama’ sepakat mengatakan harus untuk si ibu menggugurkan kandungannya.

                                    b) Pengguguran disebabkan kecacatan

Dari segi perubatan, pada umumnya kecacatan terbahagi kepada tiga jenis iaitu kecacatan fizikal, kecacatan mental dan kecacatan kombinasi kedua-duanya.
Terdapat berbagai kecacatan yang berlaku pada janin, antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak, kepala besar dan sebagainya. Manakala kecacatan mental pula ialah seperti kelembapan otak, peradangan otak dan sebagainya. Tidak semua kecacatan ini dapat dikesan oleh doktor melalui peralatan dan ujian yang dilaksanakan.
Apabila kecacatan dikesan dalam perkembangan janin dalam rahim ibu, dan jika kecacatan itu mampu mengancam keselamatan si ibu, hukum pengguguran bayi tadi adalah harus bagi menjamin keselamatn si ibu. Kaedah yang sama iaitu “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.”

Kesimpulan

Pengguguran bayi merupakan perbuatan yang haram disi agama Islam dan rasanya semua agama juga mengharamkan penganutnya untuk melakukan perbuatan ini. Namun perlu dilihat untuk tujuan apa perbuatan itu dilakukan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 - 8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Kehidupan itu perlu dihormati, tidak kira ianya masih belum berupaya untuk hidup dengan sendirinya ataupun tidak, melakukan pembunuhan yakni dengan melakukan pengguguran bayi (janin) secara haram dan tanpa sebab musabab yang memerlukan seseorang melakukannya adalah perihal perkara yang menyalahi syarak bahkan ianya merupakan perkara yang menyalahi etika dan moral Islam. Setiap hukum yang dikeluarkan dalam Islam pula mengambil kira kemaslahatan individu bahkan ianya juga melihat dari segi kemaslahata ummah yang paling penting. Kaedah fiqh untuk menentukan hukum pengguguran bayi pula dilihat lebih kepada menjaga kemaslahatan individu yakni ibu yang mengandungkan bayi tersebut.
Dengan pengharaman pengguguran bayi secara haram dan tidak sah serta tanpa factor yang memerlukan untuk melakukan sedemikan diharap akan dapat membendung masalah pengguguran bayi ini terutamanya di Malaysia.