Saturday, 2 March 2013

Indahnya Qiamullail






Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara ciptaanNya, syukur kerana masih diberi nyawa untuk hidup di atas muka bumi ciptaanNya ini, dan syukur kerana masih lagi dapat merasa nikmat hidup yang paling besar dan bermakna dalam hidup seorang muslim sejati iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Ketika entri ini ditulis jam didinding screen monitor lappy saya menunjukkan jam 12.38 tengahari, nampak macam masih awal dan mungkin masih ramai lagi yang sedang enak dibuai mimpi indah, buaian dan mainan si merah berekor dan bertanduk dua. Hihihihi,,,takpe kita positifkan diri dan fikiran kita, mungkin yang masih bergolek-golek, berguling-guling di atas katil tu tidur lewat malam semalam, kerana menonton bola sepak kot ^^v. Tapi hati dan benak fikiran saya tidak boleh lari dari berfikiran negatif dan rasanya nak juga saya katakan bahawa diorang ni tak bangun untuk solat fardhu SUBUH pagi tadi. Mungkin ada diantaranya solat Subuh pagi tadi, cumanya mungkin ada yang subuh GAJAH, tak pun subuh betul-betul. InsyaAllah, betul [hahaha..x baikkan saya berfikiran negatif terhadap mereka-mereka yang kaki bola ni..(^_^)V ]

Tapi, lagi bagus kalau mereka-mereka yang stay up sampai pepagi buta semata-mata nak menonton bola, kan elok kalau diorang-diorang ni tidur 15 minit, kemudian bangun untuk buat Qiamullail, Alhamdulillah jika ada yang berbuat demikian, namun kalau nak diikutkan memang susahlah, hanya yang betul-betul kuat dengan godaan si merah berekor dan bertanduk dua tu dan si ghaib dalam hati aka nafsu, InsyaAllah diorang akan mampu [hihihi,,kata kat orang, saya sendiri pulak cam mna yer???]. Ini sebenarnya peringatan untuk  semua termasuklah diri saya ni yang terlalu lemah dan masih banyak kekurangan diri. 



Tapi, tidak kurang juga buat mereka-mereka yang mungkin stay up sebab nak study aka belajar. Bagi saya tak salah untuk belajar, namun tidak salah jugakan kalau kita spent skit masa sekejap mungkin setengah jam untuk bertemu dengan buah hati pengarang jantung kita yang tersayang, Allah s.w.t. Kan lebih manis dan lebih berkat ilmu yang kita belajar tu. InsyaAllah saya sekarang pun begitu, dalam ralit-ralit duk menelaah buku HISTOLOGY dengan TISSUE CULTURE lah, dengan buku VECTOR AND PARASITE lah dengan PARASITE LIFE CYCLE nya, saya sedang belajar untuk menanam dan menyemai rasa kasih dan rindu saya pada Dia Tuhan yang menciptakan saya. Senang je kalau nak buat, kalau ada keazaman dan kekuatan yang tinggi pada kemanisan beribadah kepada Allah.


Sabda Nabi s.a.w

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. 


Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:





1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Haa,,,tengokkan senang kalau kita mampu buat apa yang dinyatakan seperti kat atas ni, mudah-mudah je kita boleh bangun untuk Qiamullail,InsyaAllah. Pastikan juga kena istiqamah [hihihi,,kadang-kadang terbabas juga sampai ke pagi tidurnya, tapi InsyaAllah,Subuhnya terjaga.] Walau sesusah mana pun kita, jika kita gantungkan rasa kehambaan dan sayang kita hanya pada Allah, InsyaAllah Dengan IzinNya kita akan mampu untuk lakukan, Dia akan bantu, Allah tidak akan pernah jauh daripada hambaNya yang ingin berusaha untuk mendekati dan mencintaiNya. Jangan pernah jauh dari Allah, sebab kalau kita jauh daripada Allah, maka Dia pun akan jauh daripada kita [huhuhu,,teringat zaman sekolah dulu buat hipotesis,jika-maka,hahaha... =="]
Orang kalau dah sayang pada sesuatu, dia akan cuba dekatkan diri pada sesuatu tu. Begitu jua dengan Allah, bila kita dah jatuh cinta dengan Allah, kita akan semakin cuba nak dekat dengan Dia. Nak tidur pun ingat kat Dia[baca doa sebelum tidur], nak mandi pun ingat kat Dia[baca doa sebelum mandi dan nak masuk jamban], nak makan pun ingat kat Dia[baca doa sebelum makan], nak buang air pun ingat kat Dia[yelaa,,,kan ke kena baca doa dulu sebelum masuk toilet??,,huhuhu...]
Wahhh..kan ke seronok, kalau setiap perkara kita ingat padaNya. Huhuhu,,InsyaAllah.Semakin Dekat Semakin Sayang. Ok, sampai sini dulu entri post saya kali ni,,,kalau banyak-banyak, panjang-panjang, nanti orang jemu nak baca. Tambah-tambah bahan bacaan berunsur islamik sebegini.[thanks pada orang yang tengah baca ni sebab sudi baca sampai ke noktah terakhir,,ececece,,kembang la tu..\(^o^)/ hahaha].Berusahalah demi cinta kasih Allah pada kita. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan sentiasa dibawah lembayung rahmatnya.InsyaAllah.

"Kehidupan merupakan perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"


No comments:

Post a Comment