Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,
Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan oleh Allah SWT untuk hidup dalam dua nikmat dan anugerah terbesar dalam diri manusia yang mengakui keEsaan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, iaitu nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah jua, Allah masih memberikan penulis kesempatan dan kesihatan tubuh badan untuk menukilkan dn menyambung cerita pendek penulis, karya penulis sendiri. InsyaAllah, ini merupakan karaya sulung penulis dan merupakan bahagian terakhir kisah Ridhuan dan Laila. Selamat membaca dan ambil manfaat yang berguna melaui kisah pendek ini.Wallahua'lam.
***************************************
Tiba waktu ketika hari pembedahan,
dilihatnya wajah-wajah insan tulus menyayanginya, bagi Ridhuan tiada yang mampu
diungkapkan kepada kedua ibu bapanya yang terlalu banyak berjasa kepadanya.
Hanya ungkapan maaf yang merupakan lafaz yang sudah terlalu lama tersimpan
dalam hatinya, dilafazkan jua ketika itu. Keinginannya untuk melihat seraut
wajah yang sering dirindui, dicintai, dan didoakn kesejahteraannya dalam setiap
sujudnya hadir ketika itu, hampa, pabila kelibatnya langsung tidak kelihatan,
dia mengerti, hari itu jualah insan itu bakal bertunang. Hanya iringan doa moga
insan itu bahagia di samping Dr. Izham mampu diungkapkan.
Ketika dibawa masuk kedalam dewan
pembedahan, hanya satu perkara yang berlegar diingatannya, dan hanya satu
ungkapan lafaz yang senantiasa meniti dibibirnya, kalimah Lailahailallah.
Sehinggalah tiba di dewan pembedahan dan setelah disuntik dengan ubat bius,
matanya samar-samar melihat seraut wajah di atas katil ditepinya.
“Ya Allah, Laila…” namun suaranya itu
hanya sayup-sayup kedengaran, mungkin kerana kesan ubat bius yang mula
menidurkannya. Hanya linangan air mata yang jatuh berderai ditepi matanya.
****
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada
kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan
jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Kini setelah hampir setahun, Ridhuan dan
Laila kini menunggu kelahiran permata hati pertama mereka. Bertunjangkan rasa
cinta kerana Allah, rasa cinta yang bercambah kerana Allah, rasa kehambaan diri
kepada Allah itulah yang menjadi dasar kepada keutuhan ikatan cinta kerana
Allah.
“Terima kasih umi.” ujar Ridhuan kepada
Laila.
“Untuk apa?” Laila menduga Ridhuan
seraya membelai janggut Ridhuan.
“Terima kasih untuk ini.” sambil
memegang bahagian perut Laila yang semakin memboyot menunggu waktunya sahaja.
“Dan untuk ini juga.” sambil memegang dadanya dan seraya mencium ubun-ubun
isterinya, pintanya agar kehangatan rasa cinta kerana Allah itu menyelinap di
segenap ruang hati Laila.
“Abi, umi cintakan abi kerana cinta
Allah kepada kita. Maafkan umi sebab tidak memberitahu abi tentang hal tersebut
kepada abi sebelum ni, dan terima kasih kepada abang Izham sebab tidak memberitahu abi tentang penderma organ tu kepada
abi.” jelas Laila kepada Ridhuan.
“Umi, abi cintakan umi juga kerana cinta
Allah kepada kita. Maafkan abi juga sebab abi tidak berani mengungkapkan rasa
rindu dan cinta abi pada umi walaupun sebenarnya abi sudahpun tahu siapa yang menghantar
warkah kecil buat membangkitkan semangat abi untuk hidup ketika tu.” ujar
Ridhuan sambil mengukirkan senyuman buat si jantung hati.
“Aik macam mana abi tahu?” Laila
bertanya sambil mencebik muka dengan kehairanan.
“Umi rasa?”
“Alaaa…abi cakap jelah.”
“Sebenarnya, dulu ada seorang nurse ni
beritahu abi, orang yang selalu bagi warkah kecil ni kepada abi, datang selepas
subuh, jadi satu hari tu, selepas subuh, abi pura-pura tidur, then, mula-mula abi ingatkan orang tu
dah taknak datang, tapi tunggu punya tunggu, orang tu datanglah, dalam keadaan
senyap-senyap, dengan pakai telekung sembahyang lagi tu. Masa tu nak je abi
sergah orang tu, tapi tak sampai hati, then
masa orang tu palingkan muka dia, barulah hati abi ni sejuk je sebab dah tahu,
rupa-rupanya umi yang beri semua warkah kecil tu untuk abi, patutlah ada NLR
kat setiap hujung tu kan?” jelas Ridhuan panjang lebar.
“Yeke, boleh percaya ke apa yang abi
cakapkan ni?”
“Eh, mestilah boleh, kalau tak,
takkanlah umi sanggup nak kahwin dengan abi yang tak beharta ni.”
“Abiiiiiii…tolong jangan cakap macam tu
lagi, umi tak suka. Umi kahwin dengan abi bukan sebab harta, tak kiralah abi ni
orang kaya ke tidak, yang penting umi hanya cintakan abi seorang je selepas
cinta umi pada Allah dan Rasulullah.” kata Laila separuh marah.
“Ye umi, maafkan abi ye…” pujuk Ridhuan.
“Yelah…yelah…lain kali jangan cakap
macam tu lagi, nak kena cubit buatlah.”
“Yess maam…hahaha…” gelak Ridhuan
apabila melihat isterinya, Laila mula membuat muka masam mencuka. Ditariknya
hidung Laila, dan dibalas dengan cubitan manja diperut Ridhuan.
Tidak lama kemudian, ketika berbual-bual
sambil kedua-dua mereka sibuk menyediakan lauk-pauk untuk hidangan tengahari bagi
menyambut pengantin baru Dr.Izham yang telahpun selamat berkahwin dengan gadis
pilihan hatinya yang juga seorang doktor dua minggu lepas, ibu bapa Ridhuan dan
juga besan mereka tiba di kediaman
mereka di Bandar Baru Bangi. Rumah tersebut merupakan hasil titik peluh
Ridhuan sendiri yang kini bekerja dengan bapa mertuanya sendiri sebagai
Pengurus Pemasaran. Baginya dia bersyukur kerana ibu bapa Laila dapat
menerimanya sebagai menantu.
Ketika berbual, Izham dan isterinya
sampai. Betapa Ridhuan sangat berterima kasih kepada Izham kerana sanggup
berterus terang dengan kedua ibu bapanya dan ibu bapa Laila ketika hari
pertunangannya dengan Laila dulu. Bagi Izham, Laila sebenarnya hanya dianggap
sebagai seorang adik kandung dan dia sudahpun mempunyai pilihan hatinya sendiri.
Alhamdulillah, baginya kerana ibu bapanya memahami termasuklah ibu bapa Laila.
Dia sendiri tahu isi hati Laila, kerana Laila sering menceritakan rasa hatinya
pada Izham, dan kerana itu jugalah yang menguatkan semangatnya untuk berterus
terang.
Cinta dan kasih sayang umpama mentari,
cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika
kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada
bersama kita.
Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah adalah Maha
Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang
tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada
sifat-sifat yang lainnya." (HR. Muslim)
Sahabat, jodoh pertemuan itu semuanya kekuasaan Allah SWT, redha dan terima setiap ketentuan hidup kita kerana Dia, nescaya hidup kita akan bahagia, memang orang akan kata, berkata-kata melalui bibir dan lisan itu mudah namun, hati yang menanggung, siapa yang tahu. Jangan lupa Allah tahu, dan Dia sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Ihfazillah Yahfazka, jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu. InsyaAllah.
#Langit itu ciptaan Allah yang warnanya biru dan hamparan buat manusia sebagaihambanya pula hijau warnanya dan setiap daripada itu adalah milik Allah dan tiada satu pun yang terlindung daripada pengetahuanNya.#
No comments:
Post a Comment