Sunday, 10 March 2013

::Pendakian Jiwa | Kembara Gunung Cabang, Perak::


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmaanirrahim,



Next entri post saya, saya hanya ingin berkongsi beberapa gambar ketika pernah pergi mendaki gunung di Perak setahun yang lepas. InsyaAllah, permandangan di puncak Gunung Cabang (1711m) sangat cantik dan Subhanallah, sangat kagum dengan kebesaran dan keindahan ciptaan Allah. Perjalanan yang bermula pada jam 3.30 petang daripada Universiti Sains Malaysia Penang dimulakan dengan bacaan doa dan Alhamdulillah kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 6.30 petang. Pendakian pula bermula jam 12.00 malam dan keindahan susana hutan pada malam hari sangat menakjubkan, dengan keadaan hutan yang sepenuhnya disuluhi kilauan cahaya bulan pada malam tersebut.

Disini saya kongsikan beberapa gambar pendakian,

Gunung Cabang dilitupi kabus.

Sarapan pagi


Sahabat baik [Zaki Zainol] dan kakak senior [Siti Fatimah]

Tengah [Kak Fifah] | Tepi kanan [Kak Bell]

Ketika berada di puncak Gunung Cabang [waktu pagi- lebih kurang jam 7.30 pagi]

Di puncak [dua dari kanan- Dydy Erwana-Guider]

Gunung Cabang [1711m]

 [Alhamdulillah]

Sahabat baik [Syafiq Abdullah]

Subhanallah, Maha Suci Allah




Lagi gambarnya,

Kakak senior [Kak Wani]

Sahabat baik [Lutfi Haron]

Di kaki gunung,belakang rumah orang asli [Abang senior-Muhamad Syukri]


Keletihan ketika dikaki gunung

Sahabat baik [Syamil Yusof]

Alhamdulillah, segala kebaikan yang kami dapat dalam pendakian ini merupakan satu manafaat yang sangat berguna kepada kami. Syukur ke hadrat Illahi kerana, tiada kecelakaan dan musibah yang teruk-teruk ketika pendakian dan sewaktu perjalan turun daripada gunung. Walaupun ada juga diantara peserta yang mengalami kecederaan ringan, namun segala yang berlaku itu sudah ketentuan Illahi, dan menjadi satu iktibar dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Kadang kala, perlu untuk kita berjalan diatas muka bumi Allah ini untuk menerokai dan melihat alam ciptaanNya dan seterusnya InsyaAllah akan meningkatkan keimanan kita padaNya. InsyaAllah.

"Kehidupan merupakan satu perjalan kembara mencari cinta agung Allah"

Saturday, 2 March 2013

Indahnya Qiamullail






Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara ciptaanNya, syukur kerana masih diberi nyawa untuk hidup di atas muka bumi ciptaanNya ini, dan syukur kerana masih lagi dapat merasa nikmat hidup yang paling besar dan bermakna dalam hidup seorang muslim sejati iaitu nikmat Iman dan Islam. 

Ketika entri ini ditulis jam didinding screen monitor lappy saya menunjukkan jam 12.38 tengahari, nampak macam masih awal dan mungkin masih ramai lagi yang sedang enak dibuai mimpi indah, buaian dan mainan si merah berekor dan bertanduk dua. Hihihihi,,,takpe kita positifkan diri dan fikiran kita, mungkin yang masih bergolek-golek, berguling-guling di atas katil tu tidur lewat malam semalam, kerana menonton bola sepak kot ^^v. Tapi hati dan benak fikiran saya tidak boleh lari dari berfikiran negatif dan rasanya nak juga saya katakan bahawa diorang ni tak bangun untuk solat fardhu SUBUH pagi tadi. Mungkin ada diantaranya solat Subuh pagi tadi, cumanya mungkin ada yang subuh GAJAH, tak pun subuh betul-betul. InsyaAllah, betul [hahaha..x baikkan saya berfikiran negatif terhadap mereka-mereka yang kaki bola ni..(^_^)V ]

Tapi, lagi bagus kalau mereka-mereka yang stay up sampai pepagi buta semata-mata nak menonton bola, kan elok kalau diorang-diorang ni tidur 15 minit, kemudian bangun untuk buat Qiamullail, Alhamdulillah jika ada yang berbuat demikian, namun kalau nak diikutkan memang susahlah, hanya yang betul-betul kuat dengan godaan si merah berekor dan bertanduk dua tu dan si ghaib dalam hati aka nafsu, InsyaAllah diorang akan mampu [hihihi,,kata kat orang, saya sendiri pulak cam mna yer???]. Ini sebenarnya peringatan untuk  semua termasuklah diri saya ni yang terlalu lemah dan masih banyak kekurangan diri. 



Tapi, tidak kurang juga buat mereka-mereka yang mungkin stay up sebab nak study aka belajar. Bagi saya tak salah untuk belajar, namun tidak salah jugakan kalau kita spent skit masa sekejap mungkin setengah jam untuk bertemu dengan buah hati pengarang jantung kita yang tersayang, Allah s.w.t. Kan lebih manis dan lebih berkat ilmu yang kita belajar tu. InsyaAllah saya sekarang pun begitu, dalam ralit-ralit duk menelaah buku HISTOLOGY dengan TISSUE CULTURE lah, dengan buku VECTOR AND PARASITE lah dengan PARASITE LIFE CYCLE nya, saya sedang belajar untuk menanam dan menyemai rasa kasih dan rindu saya pada Dia Tuhan yang menciptakan saya. Senang je kalau nak buat, kalau ada keazaman dan kekuatan yang tinggi pada kemanisan beribadah kepada Allah.


Sabda Nabi s.a.w

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi. 


Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:





1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Haa,,,tengokkan senang kalau kita mampu buat apa yang dinyatakan seperti kat atas ni, mudah-mudah je kita boleh bangun untuk Qiamullail,InsyaAllah. Pastikan juga kena istiqamah [hihihi,,kadang-kadang terbabas juga sampai ke pagi tidurnya, tapi InsyaAllah,Subuhnya terjaga.] Walau sesusah mana pun kita, jika kita gantungkan rasa kehambaan dan sayang kita hanya pada Allah, InsyaAllah Dengan IzinNya kita akan mampu untuk lakukan, Dia akan bantu, Allah tidak akan pernah jauh daripada hambaNya yang ingin berusaha untuk mendekati dan mencintaiNya. Jangan pernah jauh dari Allah, sebab kalau kita jauh daripada Allah, maka Dia pun akan jauh daripada kita [huhuhu,,teringat zaman sekolah dulu buat hipotesis,jika-maka,hahaha... =="]
Orang kalau dah sayang pada sesuatu, dia akan cuba dekatkan diri pada sesuatu tu. Begitu jua dengan Allah, bila kita dah jatuh cinta dengan Allah, kita akan semakin cuba nak dekat dengan Dia. Nak tidur pun ingat kat Dia[baca doa sebelum tidur], nak mandi pun ingat kat Dia[baca doa sebelum mandi dan nak masuk jamban], nak makan pun ingat kat Dia[baca doa sebelum makan], nak buang air pun ingat kat Dia[yelaa,,,kan ke kena baca doa dulu sebelum masuk toilet??,,huhuhu...]
Wahhh..kan ke seronok, kalau setiap perkara kita ingat padaNya. Huhuhu,,InsyaAllah.Semakin Dekat Semakin Sayang. Ok, sampai sini dulu entri post saya kali ni,,,kalau banyak-banyak, panjang-panjang, nanti orang jemu nak baca. Tambah-tambah bahan bacaan berunsur islamik sebegini.[thanks pada orang yang tengah baca ni sebab sudi baca sampai ke noktah terakhir,,ececece,,kembang la tu..\(^o^)/ hahaha].Berusahalah demi cinta kasih Allah pada kita. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan sentiasa dibawah lembayung rahmatnya.InsyaAllah.

"Kehidupan merupakan perjalanan kembara mencari cinta agung Allah"


Indahnya Sabar Sahabat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Alhamdulillah dah masuk post seterusnya untuk kali yang pertama nak serius dalam penulisan blog ni. Dalam entri post kali ni, rasa macam nak berbicara mengenai rasa sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang Allah timpakan ke atas hati ini pada hari ini. Kadang kala susah untuk diri yang baru sahaja ditarbiah dan masih lagi muda dan mentah untuk menilai nilai sabar dalam diri, ditikam dengan kata-kata berupa perli dan ejekan daripada orang lain.






“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (QS al Hujurat:11).

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk merendah-rendahkan orang lain, bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al- Hujurat diatas. Mengapa mesti adnya ejekan apabila kita sebagai manusia tidak pernah sempurna kerana yang Maha Sempurna hanya Allah sahaja. Tapi perlu diingat jua, walaupun tidak sempurna kita perlu berusaha kearah kesempurnaan hidup, sudah diberikan otak serta akal yang membezakan antara kita manusia yang menjadi khalifah di muka bumi Allah ini dengan haiwan yang juga makhluk ciptaaNya, maka perlu dan wajib untuk kita berusaha, berikhtiar untuk menjadi sempurna, mungkin bukan pada pandangan mata hati manusia, namun biarlah sempurna pada pandangan Allah, Satu-satunya Tuhan yang menciptakan seluruh alam.


Berkaitan dengan sabar pula,

al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Sesungguhnya Allah memiliki hak untuk diibadahi oleh hamba di saat tertimpa musibah, sebagaimana ketika dia mendapatkan kenikmatan.”Beliau juga mengatakan, “Maka sabar adalah kewajipan yang selalu melekat kepadanya, dia tidak boleh keluar darinya untuk selama-lamanya. Sabar merupakan penyebab untuk meraih segala kesempurnaan.”

DAN

Firman Allah,
“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah mendapat tempat kesudahan (yang baik), (yaitu) syurga-syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang saleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang malaikat masuk ke tempat mereka dar semua pintu; (sambil mengucapkan), “Selamat sejahtera atasmu karena kesabaranmu.” Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu,”
(Ar-Ra’d; 13: 22-24)


Diri ketika diejek hanya mampu sabar dan kuatnya hati menahan rasa pedih dan marah hanya Allah sahaja yang tahu. Biarlah apa yang ingin dikatakan namun biarlah hanya Allah dan diriku tahu apa yang diri ini rasakan. Secebis kata maaf meniti di jantung hati, tanda moga aku ikhlas memaafkan dirinya. Walaupun aku tahu diri masih lagi baru dalam mendalami ilmu agama, namun hati mengerti bahawa Allah ingin menguji kekuatan imanku. Indahnya sabar, kerana jika tidak, pasti sudah tentu tidak mungkin jariku rajin ingin menulis seuatu entri buat ketika ini. Hanya Allah tempat ku mengadu. Dalam al-Quran sendiri Allah berfirman,

Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)
Jadi, tidak perlu rasanya untuk aku memendam rasa dah amarah padanya, kerana apa yang telah dijanjikan Allah pasti akan tetap berlaku. Lagipun dalam sabar tu ada 3,

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.
3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

Ya Allah,jadikanlah dalam hatiku cahaya dan pada lidahku cahaya, jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah pihak dibelakangku cahaya, jadikanlah pihak dihadapanku cahaya, jadikanlah pihak di atasku cahaya, jadikanlah pihak dibawahku cahaya, dan Ya Allah, kurniakanlah cahaya kepadaku, suluhkan dan terangilah hidupku dengan cahaya petunjukMu, sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan dengan kekuasaanMu. Aamiin.
Kita sebagai hamba Allah yang terlalu kerdil dan lemah tidak pernah lari daripada melakukan dosa. Samada dosa kecil mahupun dosa besar, moga dapt dielak daripada melakukan dosa besar. Nauzubillah. Kadang kala hidup ini sangat memerlukan rasa sabar dalam diri, dan ingatlah betapa INDAHNYA SABAR dalam kehidupan kita. Akhir kalam sebagai penutup bicara, maafkan saya jika terdapat sesuatu dalam post ini yang menyingung mana-mana pihak dan segala kesilapan dalam entri ini harap dapat diampunkan dan ditegur kesalahannya, seperti yang saya cakap, manusia tidak sempurna dan tidak akan pernah dapat lari daripada melakukan kesilapan. Berusahalah untuk mencapai kehidupan yang tenang dan bahagia dengan cinta Allah.

La Tahzan | Jangan Bersedih

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberi kekuatan dan kerajinan untuk menaip dan menukilkan sesuati dalam blog yang serba sederhana ini. Walaupun masih sibuk dengan kemasukan semester baru di universiti ini, namun Allah masih memberikan diri ini kesempatan dalam menwarkahkan sesuatu dalam blog ini. Entri post kali ini mungkin berbeza sedikit. Mungkin ramai yang pelik kenapa tajuk post entri kali ni macam saya dalam keadaan berduka cita kan???


Hurmmm,,,sebenarnya bukan berduka cita cuma kadang kala hati ini sedih kerana blog islamik sebegini susah untuk dikunjungi dan disinggahi oleh mana-mana individu waima sahabat-sahabat sendiri. Bukan tidak ikhlas dalam menulis blog namun harapan untuk melihat ramai pemuda pemudi, sahabat-sahabat dan saudara seagama datang singgah di blog ini untuk membaca dan mendapatkan ilmu yang bermanafaat untuk dikongsi bersama seakan akan pudar hilang ditelan dek masa. Sebenarnya bukan itu pun yang ingin diperkatakan dalam post kali ini, apa yang diperkatakan diatas cumalah luahan rasa dan perasaan seorang blogger yang baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Masih banyak yang perlu saya pelari dan terokai dalam dunia penulisan blog ni.


DUKACITA

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri dan Abu Hurairahradhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ 



يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ



"Tidaklah menimpa seorang muslim kelelahan, sakit, kekhawatiran, kesedihan, gangguan dan duka, sampai pun duri yang mengenai dirinya, kecuali Allah akan menghapus dengannya dosa-dosanya.” (Muttafaqun alaih)

Sahabat,
Manusia ada waktunya dia akan bersedih, bersedih kerana itulah, kerana inilah, macam-macam sebab yang bisa membuatkan seorang makhluk bergelar manusia untuk menangis. Dan apabila bersedih, pastilah akan keluar air mata, yakni menangis, menangis kerana kehilangan orang yang disayangi, kematian, dicaci atau dimaki waima ada yang menangis kerana rupa parasnya yang hodoh tidak sama dengan orang lain yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan. Tidak kurang juga mereka yang bersedih dan menangisi kerana kurangnya rasa kemanisan iman dalam beribadah, menangisi kerana takutkan azab Allah, dan menangis kerana takut jauhnya kasih sayang Allah pada kita.

Sahabat,
Bersedih itu adat manusia, bahkan para Nabi sendiri bersedih, Nabi .AW sendiri bersedih dengan berita kewafatan isteri baginda Siti Khadijah r.a dan bapa saudara baginda sendiri Abi Talib, namun baginda segera bangkit dan berjuang dengan tidak memanjangkan kesedihan. Tapi kita pula lain ceritanya, selagi ada air mata kita akan menangis, selagi terkenangkan peristiwa sedih itu, kita akan menangis. Reaksi kita menunjukkan seolah-olah Allah itu tidak wujud dan Allah tidak ada bersama kita. La Tahzan Innallahama'ana. Fenomena bersedih ketika ditinggalkan kekasih juga salah satu fenomena yang sangat membimbangkan sekarang sehinggakan ada yang mengambil tindakan dengan memgambil nyawanya sendiri. Nauzubillahiminzalik. Ya Allah, apa yang saya perhatikan perkara sedemikian banyak berlaku dalam kalangan wanita bahkan kaum Adam lansung tidak terkecuali. Wahai muslimah, kenapa ditangisi dengan cinta mainan dunia sedangkan cinta agung Allah itu ada. Mengapa ditangisi pemergian kekasih manusia duniawi sedangkan cinta Rasulullah s.a.w lebih tinggi kasihnya selepas cinta Allah. Mengapa ditangisi kecurangan cinta kekasih hati manusia sedangkan cinta kasih ibu bapa lebih bermakna tiada kecurangan.

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…



اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي
Allaahumma innii 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatik, naashiyatii biyadik, maadlin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadlaa'uk, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahuu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min khalqika, awis ta'tsarta bihii fii 'ilmil ghaibi 'indaka, an taj'alal Qur'aana rabii'a qalbii wanuura shadrii wajalaa'a huzni wa dzahaaba hammii

Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."

Apabila engkau ditimpa musibah maka janganlah engkau larut dalam kesedihan karena kesedihan atau rasa sakit yang menimpamu, tak akan akan berlalu tanpa arti.
Dengannya Allah akan memberi pahala dan menghapuskan dosamu. . .


Siapa yang datang kepada Allah pasti Allah akan mencukupkannya, siapa yang mengaturkan kefakirannya kepada Allah, Dia pasti mengayakannya. Siapa yang meminta kepada-Nya, pasti Dia akan memberinya. Hal ini ditunjukkan lafadz hadits, "Melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kesusahannya serta menggantikannya dengan kegembiraan." Jangan bersedih kerana hal-hal duniawi namun bersedihlah kerana hal-hal ukhrawi, menangislah kerana takutklan Allah. Menangislah kerana merindui kasih sayang Nabi s.a.w , menangislah kerana takut hilangnya kasih sayang ibu bapa pada kita, dan menangislah kerana takut ditinggalkan oleh cinta yang maha agung iaitu cinta agung Allah. Jangan pilih menangis untuk menghilangkan rasa duka dengan hal duniawi, namun ubatilah rasa duka itu dengan zikrullah, mengingati Allah, nescaya hati akan menjadi tenang. Zikir bukan hanya dengan lisan, menyebut kalimah suci Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, namun perlulah jua dengan makna hati, dan dizahirkan dengan perbuatan.

Kembalilah ke jalan yang Allah redhai untuk bersedih. Letaklah rasa sedih itu dengan rasa cinta dan kasih kepada Allah, Tuhan yang Esa yang telah menciptakan seluruh alam. Tiada tempat mengadu yang lebih baik melainkan mengadulah rasa dukacita kita pada Allah. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Cinta Warkah Kecil | Karya Penulis [Part 3]


Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,

Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan oleh Allah SWT untuk hidup dalam dua nikmat dan anugerah terbesar dalam diri manusia yang mengakui keEsaan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, iaitu nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah jua, Allah masih memberikan penulis kesempatan dan kesihatan tubuh badan untuk menukilkan dn menyambung cerita pendek penulis, karya penulis sendiri. InsyaAllah, ini merupakan karaya sulung penulis dan merupakan bahagian terakhir kisah Ridhuan dan Laila. Selamat membaca dan ambil manfaat yang berguna melaui kisah pendek ini.Wallahua'lam.

***************************************

Tiba waktu ketika hari pembedahan, dilihatnya wajah-wajah insan tulus menyayanginya, bagi Ridhuan tiada yang mampu diungkapkan kepada kedua ibu bapanya yang terlalu banyak berjasa kepadanya. Hanya ungkapan maaf yang merupakan lafaz yang sudah terlalu lama tersimpan dalam hatinya, dilafazkan jua ketika itu. Keinginannya untuk melihat seraut wajah yang sering dirindui, dicintai, dan didoakn kesejahteraannya dalam setiap sujudnya hadir ketika itu, hampa, pabila kelibatnya langsung tidak kelihatan, dia mengerti, hari itu jualah insan itu bakal bertunang. Hanya iringan doa moga insan itu bahagia di samping Dr. Izham mampu diungkapkan.

Ketika dibawa masuk kedalam dewan pembedahan, hanya satu perkara yang berlegar diingatannya, dan hanya satu ungkapan lafaz yang senantiasa meniti dibibirnya, kalimah Lailahailallah. Sehinggalah tiba di dewan pembedahan dan setelah disuntik dengan ubat bius, matanya samar-samar melihat seraut wajah di atas katil ditepinya.

“Ya Allah, Laila…” namun suaranya itu hanya sayup-sayup kedengaran, mungkin kerana kesan ubat bius yang mula menidurkannya. Hanya linangan air mata yang jatuh berderai ditepi matanya.

****


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Kini setelah hampir setahun, Ridhuan dan Laila kini menunggu kelahiran permata hati pertama mereka. Bertunjangkan rasa cinta kerana Allah, rasa cinta yang bercambah kerana Allah, rasa kehambaan diri kepada Allah itulah yang menjadi dasar kepada keutuhan ikatan cinta kerana Allah.

“Terima kasih umi.” ujar Ridhuan kepada Laila.

“Untuk apa?” Laila menduga Ridhuan seraya membelai janggut Ridhuan.

“Terima kasih untuk ini.” sambil memegang bahagian perut Laila yang semakin memboyot menunggu waktunya sahaja. “Dan untuk ini juga.” sambil memegang dadanya dan seraya mencium ubun-ubun isterinya, pintanya agar kehangatan rasa cinta kerana Allah itu menyelinap di segenap ruang hati Laila.

“Abi, umi cintakan abi kerana cinta Allah kepada kita. Maafkan umi sebab tidak memberitahu abi tentang hal tersebut kepada abi sebelum ni, dan terima kasih kepada abang Izham sebab tidak  memberitahu abi tentang penderma organ tu kepada abi.” jelas Laila kepada Ridhuan.

“Umi, abi cintakan umi juga kerana cinta Allah kepada kita. Maafkan abi juga sebab abi tidak berani mengungkapkan rasa rindu dan cinta abi pada umi walaupun sebenarnya abi sudahpun tahu siapa yang menghantar warkah kecil buat membangkitkan semangat abi untuk hidup ketika tu.” ujar Ridhuan sambil mengukirkan senyuman buat si jantung hati.

“Aik macam mana abi tahu?” Laila bertanya sambil mencebik muka dengan kehairanan.

“Umi rasa?”

“Alaaa…abi cakap jelah.”

“Sebenarnya, dulu ada seorang nurse ni beritahu abi, orang yang selalu bagi warkah kecil ni kepada abi, datang selepas subuh, jadi satu hari tu, selepas subuh, abi pura-pura tidur, then, mula-mula abi ingatkan orang tu dah taknak datang, tapi tunggu punya tunggu, orang tu datanglah, dalam keadaan senyap-senyap, dengan pakai telekung sembahyang lagi tu. Masa tu nak je abi sergah orang tu, tapi tak sampai hati, then masa orang tu palingkan muka dia, barulah hati abi ni sejuk je sebab dah tahu, rupa-rupanya umi yang beri semua warkah kecil tu untuk abi, patutlah ada NLR kat setiap hujung tu kan?” jelas Ridhuan panjang lebar.

“Yeke, boleh percaya ke apa yang abi cakapkan ni?”

“Eh, mestilah boleh, kalau tak, takkanlah umi sanggup nak kahwin dengan abi yang tak beharta ni.”

“Abiiiiiii…tolong jangan cakap macam tu lagi, umi tak suka. Umi kahwin dengan abi bukan sebab harta, tak kiralah abi ni orang kaya ke tidak, yang penting umi hanya cintakan abi seorang je selepas cinta umi pada Allah dan Rasulullah.” kata Laila separuh marah.

“Ye umi, maafkan abi ye…” pujuk Ridhuan.

“Yelah…yelah…lain kali jangan cakap macam tu lagi, nak kena cubit buatlah.”

“Yess maam…hahaha…” gelak Ridhuan apabila melihat isterinya, Laila mula membuat muka masam mencuka. Ditariknya hidung Laila, dan dibalas dengan cubitan manja diperut Ridhuan.

Tidak lama kemudian, ketika berbual-bual sambil kedua-dua mereka sibuk menyediakan lauk-pauk untuk hidangan tengahari bagi menyambut pengantin baru Dr.Izham yang telahpun selamat berkahwin dengan gadis pilihan hatinya yang juga seorang doktor dua minggu lepas, ibu bapa Ridhuan dan juga besan mereka tiba di kediaman  mereka di Bandar Baru Bangi. Rumah tersebut merupakan hasil titik peluh Ridhuan sendiri yang kini bekerja dengan bapa mertuanya sendiri sebagai Pengurus Pemasaran. Baginya dia bersyukur kerana ibu bapa Laila dapat menerimanya sebagai menantu.

Ketika berbual, Izham dan isterinya sampai. Betapa Ridhuan sangat berterima kasih kepada Izham kerana sanggup berterus terang dengan kedua ibu bapanya dan ibu bapa Laila ketika hari pertunangannya dengan Laila dulu. Bagi Izham, Laila sebenarnya hanya dianggap sebagai seorang adik kandung dan dia sudahpun mempunyai pilihan hatinya sendiri. Alhamdulillah, baginya kerana ibu bapanya memahami termasuklah ibu bapa Laila. Dia sendiri tahu isi hati Laila, kerana Laila sering menceritakan rasa hatinya pada Izham, dan kerana itu jugalah yang menguatkan semangatnya untuk berterus terang.

Cinta dan kasih sayang umpama mentari, cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang punya mata. Bersyukur jika kelembutan itu ada dalam rumah tangga kita, kerana itu petanda kebaikan berada bersama kita.

Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi mencintai kelembutan. Dia memberikan pada sifat kelembutan yang tidak diberikan kepada sifat kekerasan, dan tidak pula diberikan kepada sifat-sifat yang lainnya." (HR. Muslim)

Wallahua’lam… 22122012 | SABTU | 1109PM | PENA MAYA


Sahabat, jodoh pertemuan itu semuanya kekuasaan Allah SWT, redha dan terima setiap ketentuan hidup kita kerana Dia, nescaya hidup kita akan bahagia, memang orang akan kata, berkata-kata melalui bibir dan lisan itu mudah namun, hati yang menanggung, siapa yang tahu. Jangan lupa Allah tahu, dan Dia sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sabar. Ihfazillah Yahfazka, jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu. InsyaAllah.

#Langit itu ciptaan Allah yang warnanya biru dan hamparan buat manusia sebagaihambanya pula hijau warnanya dan setiap daripada itu adalah milik Allah dan tiada satu pun yang terlindung daripada pengetahuanNya.#

Perjuangan

Ku berjalan mencari sebuah kebahagian dan disetiap kebahagian itu kutemukan ketenangan. Andai perjuangan ini mudah, sudah pasti ramai yang akan bersama denganku di medan mehnah ini, namun persoalan tulus ikhlas dan hendak bekorban untukNya pasti akan timbul jua.



Imam Hassan al-Bana menyatakan bahawa:


''Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.''

Andai diri dilemparkan dengan persoalan, mengapa perjuangan itu pahit, pasti dan sudah tentu jawapannya kerana SYURGA itu manis.

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehid
upan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (At-Taubah: 38) 

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Al-Anfaal: 60) 

Sandarkan perjuangan pada tarbiah, sahabat,


Tanpa tarbiyah, kita cuma berbicara kosong, berangan-angan kosong, dan sentiasa melaung-laung dengan dalaman yang kosong. Bukan tak boleh berbicara, bukan tak boleh melaungkan takbir, bukan tak patut kita membina kekuatan dalaman, tapi biarlah ia lahir daripada kesedaran yang mendalam daripada hati. 

"Sesungguhnya visi,misi dan sterategi yang telah digarap perlu didokong dan diteruskan sehinggalah usaha yang telah digerakkan mencapai sasaran. Tekadkan kesabaran di jiwa kerana yang pasti perjuangan ini akan diselangi dengan pelbagai mehnah dan cabaran yang akan terus menguji kesungguhan dan keikhlasan perjuangan kita. Insyaallah, berkat kesabaran ini Allah akan memberi maghfirah seterusnya menjadi mangkin dalam memajukan usaha dakwah yang kita lakukan."

(Nuradiman, Presiden PSS L)


Terkadang dalam perjuangan, mehnah dan tribulasi itulah yang paling banyak mematangkan fikiran kita. Yang membuatkan hati kita semakin kental dengan ujian yang membadai. Pantai mana yang tidak pernah dilanda badai, namun setiap badai itulah yang menjadikan kita semakin kenal diri dan Pencipta kita yang Esa. Allah SWT. Dalam perjuangan, tiada yang sunyi dari tohmahan dan cacian insan lain, namun itulah yang menjadikan kita kenal siapa diri pada kacamata nilaian orang lain.

Setiap orang tidak mungkin terlepas daripada hakikat perjuangan. Matlamat utama perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk meninggikan kalimah Allah dengan melaksanakan syariat Allah di atas muka bumi ini. Ia sesuai dengan tugas dan peranan Rasul itu diutus dengan berbekalkan wahyu al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 33:

"Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya mengatasi segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya".

Petikan sajak yang terungkap dalam novel Tautan Hati, karya Fatimah Syarha yang begitu indah sekali maknanya.

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita.
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau siakan amanah berharga.


Sahabat,

Firman Allah s.w.t. Surah Al-Balad: 4 yang bermaksud (terjemahan): 

“Sesungguhnya Kami jadikan manusia itu dalam perjuangan (kehidupan bersusah payah.)”

Sedarilah sahabat, dalam perjuangan segala mehnah dan tribulasi sentiasa mengekori setiap langkah kaki kita, namun, itulah dia satu ujian keimanan dan kesabaran buat kita. Dan seperti yang saya katakan diawal tadi,,dalam setiap kebahagian itu pasti akan ditemukan ketenangan. Ketenangan dalam mencari cinta Allah, mediumnya mudah sahabat, perjuangan menuju Allah. Sedarilah jua sahabat, dalam perjuangan itu akan ada ujian, dan ujian itulah yang membawa kebahagian dan dalam kebahagian itu adanya pengorbanan dan dalam pengorbanan itulah adanya ketenangan. InsyaAllah.

Ayuh sahabat, kita raikan perjuangan ini dengan penuh kesabaran kerna sesungguhnya,

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.” (SAIDINA ABU BAKAR R.A)