Bismillahirrahmaanirahim,,,
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam(dengan perantaraan tulisan dan bacaan). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [surah al-'Alaq(Segumpal Darah),ayat 1-5]
Alhamdulillah,,,syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna atas berkat dan rahmat daripadaNya,,mampu lagi untuk diri ini menukilkan sesuatu buat sahabat yang amat2 insan kamil ini sayangi. Allahurobbi,,, :(
Diri ini mungkin pada pandangan kalian,berbagai-bagai persepsi yang mungkin kalian telah sematkan mengenai diri ini tetapi semua itu tidak penting. Diri ini dengan rendah diri mengetahui dan menyedari bahawa diri ini sememangnya mempunyai banyak kelemahan,kekurangan dan cacat cela. Diri i ni bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi dijadikan contoh dan teladan.Mungkin terlampau banyak perkara yang diri ini ungkapkan dan tuliskan tidak dibuktikan pada perbuatan dan amalan.
Sahabat,
Ketahuilah
tidak pernah terlintas dihatiku untuk membuat sesuatu yang mampu untuk menyakiti hati kalian, cuma kadangkala diri ini terlalu mengikut emosi dan nafsu dalam melakukan sesuatu perkara yakni dalam tindakanku. Untuk itu mulanya kalam berbicara ingin sekali diri ini memohon ampun dan maaf sekali lagi untuk kekhilafan silam yang diri ini, insan kerdil ini lakukan pada kalian.
Sahabat,
Ketahuilah, diri ini sangat merindui saat kita sama belajar dulu, pergi ke kelas sama-sama, makan sama-sama, entah mengapa,, semua itu begitu mudah hilang dalam diri kalian,
Mungkinkah sudah hilang atau luput nama sahabat ini dalam terowong minda sahabat-sahabat,
Ya Allah, hanya tuhan yang tahu segala isi hatinya.
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Sahabat,
tidak banyak yang ingin aku katakan,
Aku tahu sepanjang persahabatan kita, kita sudah melalui pelbagai pahit manis dan suka duka bersama. Tidak dapat tidak terbitnya suatu jurang dalam persahabatan kerana ukhwah itu sentiasa diuji. Maafkan aku wahai sahabat. Aku tahu aku cuba larikan diri dari masalah ini. Dan aku tahu Allah sedang menguji persahabatan kita. Aku lari dan terus lari dari masalah. Tanpa aku sedari, semakin hari masalah ini semakin rumit dan membuatkan aku semakin sakit. Lalu aku berfikir, apakah sebenarnya yang Allah cuba berikan padaku. Lama – kelamaan aku mengerti duhai sahabat. Masalah ini adalah masalah kita bersama. Masalah dalam ukhwah. Memang ramai pandai bercakap pasal ukhwah tapi adakah kita mengerti makna disebalik ukhwah itu sendiri? Sahabatku, terimalah apa yang ingin aku katakan ini padamu dengan hati terbuka..
Sahabat,
aku terlalu merindui saat-saat kita yang dahulu,
aku takut kehilanganmu sahabat,
andai sudah hilang diriku dalam hidupmu,
kuredhai setiap ketentuannya, namun ingatlah sentiasa kenangan kita,
andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Sahabat,
ku tinggalkan warkah ini dengan "Warkah Buat Teman"
~Hari tu kita jalan sekali
Seronokkan jalan sambil begurau?
Lagi seronok bila awak bagi hadiah tu
Itulah hadiah yang tak boleh saya lupa
Senyum manis awak
Esok, bila saya dah tak boleh jalan
Saya nak awak iringi saya
Masa ni saya dah tak boleh nak panggil awak
Macam selalu
Awak yang kena datang
Masa ni saya nak hadiah lagi
Tapi saya dah tak nak senyum
Saya nak awak tolong hadiahkan Al-Fatihah
Awak tolong bacakan untuk saya, ya
Sebab saya dah tak boleh nak baca sendiri
Lepas tu, bila ada orang tanam saya dalam tanah
Awak jangan nangis cari saya tau
Sebab saya dah tak boleh nak tengok awak~
[p/s]:
Apabila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, Yang Maha Mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi ketahuilah. Itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu bahawa hati yang begini selalunya lebih lunak, mudah untuk dekat & akrab padaNya.
Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah. Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama kita ketika ini. Jika esok kita lihat jalan penuh duri, percayalah Allah & pertolonganNya juga akan bersama dengan kita esok.
Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka. Tapi ingatlah setiap titisan darah dari luka dan air mata adalah MAHAR kita ke syurga. Jika ditanya, "mengapa berjuang itu pahit?" Jawabnya, "kerana SYURGA itu manis".
No comments:
Post a Comment